Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj burung malam, jampuk, ~ kuang kuit, Otus scops; 2. sj burung, carik kafan, Strix seloputo; 3. sj burung, ~ ikan, Ketupa zeylonensis; 4. sj burung, ketumbuk, ketampi, ~ kuning, Ketupa ketupu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hantu (kata nama)
1. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan pelesit, pontianak, langsuir, afrit, ifrit, jin, toyol, roh jahat, jembalang, penunggu, polong, mambang, kelambai, orang halus, orang bunian, balung, gedembai, syaitan, iblis, puaka, kemamang, majang, penjaga, datuk, penanggalan, bolong, sundal, siluman, serindai, semangat,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kaki, ketagih, gemar, suka,

Kata Terbitan : berhantu, menghantui,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BURUNG HANTU

Burung hantu ialah sejenis burung yang

biasanya hidup bersendirian dan mencari

makan pada waktu malam.

UMUM 
TARSIER

Tarsier ialah mamalia kecil yang mempunyai

kepala yang bulat dan mata yang luar biasa

besarnya bak mata burung hantu. Seperti manusia

dan beruk, tarsier tergolong dalam order primat

(lihat Primat ). Tarsier hidup di Indonesia dan

Filipina. Telinganya besar dan ekornya panjang,

kurus dan tidak berbulu. Kaki depannya pendek

dan kaki belakangnya panjang yang membantunya

melompat dari dahan ke dahan tempat tinggalnya.

Kesemua jari tangannya yang panjang dan

kebanyakan jari kakinya mempunyai kuku, tetapi

jari kakinya yang kedua dan ketiga mempunyai

cakar. Tarsier tidak boleh menggerakkan matanya.

Tetapi ia boleh memusingkan kepalanya hampir

kesemua arah. Tarsier membesar kira-kira sebesar

tikus. Ekornya boleh tumbuh sehingga 25

sentimeter panjangnya. Namanya berasal daripada

tulang tarsus yang panjang pada kakinya. Tarsier

tidur pada siang hari dan bergerak dari pokok ke

pokok pada malam hari, memakan serangga, siput,

dan cicak kecil.

Pengelasan saintifik. Tarsier tergolong dalam famili

tarsier, Tarsiidae. Ia adalah genus Tarsius .

UMUM 
BURUNG MINYAK

Burung minyak ialah burung yang hidup di

dalam gua, ditemui di utara Amerika Selatan.

Burung ini ada kaitan dengan burung frogmouth

dan burung tukang, tetapi lebih mirip kepada

burung hantu.

UMUM 

Kembali ke atas