Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.sa.na] | بوسان

Definisi : 1. pakaian yg lengkap dan indah-indah, perhiasan; 2. sl sj gelaran; Nara B~ gelaran batin Candan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.sa.na] | بوسان

Definisi : pakaian lengkap lagi indah buatannya. berbusana berpakaian lengkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa terjemahan cosplay?Padanan bahasa Melayu bagi istilah cosplay @ costume play ialah drama busanaPadanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah28.01.2023
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bolehkah pihak DBP memberi cadangan terjemahan bagi istilah "cosplay" yang bermaksud memakai pakaian yang menyerupai watak-watak dalam komik atau anime jepun. Istilah ini diambil daripada "costume play" dan dipendekkan menjadi "cosplay." Terima kasih.Istilah "costume play" dalam bahasa Melayu ialah "peragaan busana".Makna20.07.2019
Apakah situasi yang sesuai untuk menggunakan perkataan 'bergantung' dan 'tergantung'?Imbuhan beR- dan teR- pada perkataan bergantung dan tergantung membawa beberapa pengertian berdasarkan konteks. Awalan beR- membawa pengertian meminta bantuan daripada, contohnya; Kehidupan pengemis itu bergantung pada ihsan masyarakat. Awalan teR- pula membawa maksud dalam keadaan tersedia. Contoh ayat ialah Busana pengantin berwarna kuning itu siap tergantung. Selain itu, awalan teR- pada perkataan tergantung juga memberi pengertian keupayaan. Contohnya, hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah itu tergantung pada hakim.Tatabahasa21.05.2021
Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ya, mohon pihak tuan membantu saya membetulkannya. 1)Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 2)Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya. 3) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu. 4)Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama. 5) Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu. Adakah perkataan menyungai dalam ayat di bawah sesuai digunakan? 1) Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat. Apakah jawapan yang paling tepat bagi tempat kosong di bawah kerana jawapan yang diberikan hampir sama. 1) Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. A) hiruk-pikuk B) riuh-rendahr C) hingar-bingar D) gegak-gempita1. Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi.
2. Telah berulang-ulang kali murid itu dinasihatinya.
3. Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu.
4. Pemahaman penduduk desa itu tentang pengangkutan kereta api masih di takuk lama.
5. Tanjak, tengkolok dan destar ialah busana yang dipakai di kepala lelaki Melayu.
 Ayat-ayat di atas betul.
6. Buaya itu menyungai selepas bertelur di darat.
7. Suasana perlawanan akhir di Stadium Shah Alam itu ______________ oleh sorakan penyokong kedua-dua buah pasukan yang berentap. Hingar bingar sama maksudnya dengan hiruk-pikuk, riuh-rendah dan gegak-gempita.
Tatabahasa14.04.2015
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi sedikit penjelasa mengenai - Perjelas dan Menjelaskan dengan beberapa contoh. Terima Kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “perjelas” merupakan kata pasif bagi perkataan memperjelas yang bermaksud 1. menjadikan sesuatu lebih jelas 2. menyelesaikan atau membereskan (kerja, hutang dan sebagainya).

Contoh ayat:
1. Gambar, ilustrasi dan rajah dapat memperjelas sesuatu keterangan dalam wacana.
2. Apa yang hendak diperjelas ialah tembakau yang ditanam di negara kita bukan penyebab utama kegiatan merokok.

Perkataan “menjelaskan” pula bermaksud 1. menerangkan atau menghuraikan sesuatu dengan terang dan dapat difahami 2. menyelesaikan atau membereskan (kerja, hutang dan sebagainya.

Contoh ayat:

1. Kertas kerja ini cuba menjelaskan bahawa reka bentuk busana Melayu menepati konsep dan selaras dengan nilai-nilai Islam.
2. Dia sekarang berjimat-cermat kerana hendak menjelaskan harga motokar itu.

Makna26.09.2022

Kembali ke atas