Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ta] | بوتا

Definisi : 1. tidak dapat melihat: sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~; 2. tidak terang melihat; ~ rabun = ~ radam mata kabur; 3. ki tidak tahu (menulis, membaca, dll), tidak dapat mengenal (warna, huruf): Karim memang ~ bahasa Inggeris; 4. dlm erti tidak ada (mempunyai) sesuatu; gaji (wang) ~ gaji tanpa bekerja; perigi ~ perigi yg tidak berair; surat ~ surat tanpa nama si pengirim; 5. kata utk menyatakan amat sangat; gelap ~ sangat gelap; malam ~ malam yg sangat gelap; pagi-pagi ~ pagi-pagi sangat; sepeser ~ pun tidak ada sesen pun tidak ada; ~ angka tidak pandai atau tidak tahu mengira; ~ ayam a) rabun (kabur mata) waktu senja; b) petang hari (sesudah waktu senja); ~ belalang buta tetapi mata tidak rosak; ~ belengset buta dgn kelopak mata bahagian bawah terkeleweh; ~ bular buta kerana mata berselaput; ~ celik = ~ cemik = ~ cemer buta dgn biji mata yg tidak rosak; ~ hati a) tidak berhati perut, kejam; b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan); ~ kayu bp buta huruf; ~ kesip = ~ pecah buta dgn biji mata yg pecah (rosak); ~ komputer tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer; ~ larangan tidak dapat melihat jauh; ~ malam buta pd malam hari; ~ mereluh buta langsung; ~ perut a) bp tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan); b) ki asal makan saja (tidak peduli rasa makanan); ~ rengga Kl bermacam-macam jenis buta; ~ siang buta pd siang hari; (mem)buta tuli tidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa; ~ warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu; bagai si ~ pergi bergajah prb pekerjaan yg sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan); bongkok baru betul, ~ baru celik prb orang yg hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada; orang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli = spt si ~ baru melihat prb sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan); orang ~ diberi bersuluh prb perbuatan yg sia-sia; spt orang ~ kehilangan tongkat prb berada dlm kesukaran; si ~ membilang bintang di langit prb membuat pekerjaan yg sia-sia; yg ~ peniup lesung prb walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya; membuta 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi; 3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); membutakan membuat buta, mengakibatkan buta: perompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya; kau pula hendak ~ hati aku; kebutaan perihal buta, keadaan buta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buta

Peribahasa

Buta baru celik (= melihat).

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bungkuk [bongkok] baru betul).

 

Lihat selanjutnya...(25)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu betul? a) "Seorang orang buta" atau "Seorang buta"? b) "Menyediakan makan kepada para tetamu" ATAU "Menyediakan makanan untuk para tetamu." c) "Membeli makanan kepada anaknya" ATAU "Membeli makanan untuk anaknya" "Menjahit sehelai baju kepada anaknya" ATAU "Menjahit sehelai baju untuk anaknya". Soalan terakhir, betulkah perkataan "mengemop" tidak wujud dalam bahasa Malaysia? Terima kasih.

A) Yang betul ialah "Seorang buta".

B) "Menyediakan makan kepada para tetamu" ATAU "Menyediakan makanan untuk para tetamu." - kedua-dua ayat ini betul

C) Yang betul ialah "Membeli makanan untuk anaknya".

D) Yang betul ialah "Menjahit sehelai baju untuk anaknya".

E) Tidak ada contoh penggunaan kata mengemop dalam sumber rujukan kami, kami cadangkan perkataan tersebut ditukar kepada mengelap lantai. 

Tatabahasa27.09.2010
Apakah definisi buta huruf ?Buta huruf bermaksud tidak pandai membaca dan menulis.Makna28.06.2008
Apa terminologi sesuai untuk "Deafblindness"? 1. Buta tuli 2. Kebutatulian 3. Buta pekak 4. Kebutapekakan https://en.wikipedia.org/wiki/DeafblindnessKami mencadangkan "deafblindness" diterjemahkan sebagai "cacat pendengaran dan penglihatan" atau "masalah pendengaran dan penglihatan". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah08.09.2021
Dia () seorang gadis yang buta melintasi jalan raya yang sibuk itu Amemangku Bmengusung Cmemimpin Dmenggonggong Mana satu yang betul Terima kasihAyat yang betul ialah "Dia memimpin seorang gadis yang buta melintasi jalan raya yang sibuk itu."Lain-lain22.03.2022
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Encik Leong mengetepikan keretanya untuk memberi laluan kepada kereta ambulans yang (buta) itu. (b) Televisyen yang (buta) itu terpaksa diperbaiki semula. (c) Sesiapa pun tidak dibenarkan makan buah (asli) di hutan itu kerana beracun. (d) Datuk saya merupakan orang yang (asli) sekali dalam keluarga saya. (e) Makanan yang berlebihan itu disimpan di dalam peti sejuk supaya tidak (mati). (f) Pensel yang sudah (mati) itu saya buangkan ke dalam tong sampah. (g) Gambar bintang filem itu tidak elok diletakkan di ruang tamu kerana kelihatan tidak (bahasa).Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Assalamualaikum, Is it ok to use "MEMBABI BUTA" in a formal complaint letter? If not, can you suggest another peribahasa that gives the same impact and meaning? Terima Kasih.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "membabi buta" ialah melakukan sesuatu dengan tidak berfikir lebih dahulu (mengamuk, merambang, dan lain-lain). 

Walau bagaimanapun untuk konteks yang lebih rasmi dan santun, kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan ​"membuta tuli".
Makna17.06.2021
Assalamualaikum. Boleh pihak tuan beri padanan tepat untuk istilah "double-blind study"? Contohnya, dlm kajian "double-blind", kedua-dua pesakit dan doktor tidak mengetahui kumpulan mana pesakit itu dikelaskan. Setiap kumpulan akan menerima rawatan yang berbeza untuk penyakit yang sama. Mengikut carian saya di prpm, saya dapati istilah-istilah berikut pernah diberikan sebelum ini utk "double-blind": 1. dubel-buta 2. dwibuta 3. buta duaan 4. gelap ganda Mohon pihak tuan perjelaskan yang mana yang paling tepat. Dan juga, dari manakah datangnya istilah "dubel" itu? Dan mengapa ia dieja bersempang, padahal penggunaan sempang dalam B. Melayu begitu jarang sekali dan amat spesifik, iaitu hanya utk kata jamak dan kata awalan yang diikuti dengan kata nama khas saja. Terima kasih atas pencerahan.Padanan bahasa Melayu untuk istilah “double-blind” dalam bidang perubatan ialah gelap ganda atau dubel-buta. Istilah dwibuta dan buta duaan boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dan bidang.


Mengikut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, akhiran -le dipadankan dengan -el. Oleh itu, perkataan double menjadi dubel. Perkataan dubel-buta dieja sempang kerana mengikut bentuk istilah bahasa sumber.
Istilah13.04.2021
Assalamualaikum Tuan, saya mendapat pertanyaan daripada seorang kawan berkenaan kata "tunaaksara". Tuna membawa maksud kerosakan atau kecacatan. Tunaaksara pula membawa maksud buta huruf. Soalannya, adakah perkataan "tunaaksara" juga boleh membawa maksud "huruf rosak?" Memandangkan "tuna" itu kerosakan manakala "aksara" pula bermaksud huruf. Sekian, terima kasih.“Tunaaksara” merupakan perkataan yang berasal dari Jawa yang bermaksud tidak boleh membaca dan menulis atau buta huruf. Perkataan tersebut tidak membawa maksud huruf rosak.Makna14.06.2022
makna perkataan..MENYALANG..nyalang 1. terbuka (mata), celik; 2. dapat melihat, tidak buta; menyalangkan membukakan (mencelikkan) mata, membelalakkan.Istilah26.12.2006
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”. – Utusan Msia onlne / 8/9/2009 Apakah maksud ‘jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta’ ? Terima kasih.Frasa tersebut tiada dalam rujukan kami.Lain-lain05.02.2010
123

Kembali ke atas