Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.tang] | بوتڠ

Definisi : 1. benda kecil, biasanya bulat dibuat drpd logam, plastik, dll, digunakan utk mengancing pakaian atau sbg hiasan, buah baju, kancing baju (pakaian); ~ cangkuk butang yg terdiri drpd cangkuk dan penyangkutnya; ~ katup butang yg terdiri drpd dua belah dan ditutup dgn cara menekan yg satu di atas yg lain; lubang ~ lubang yg dibuat pd pakaian utk melekatkan (mengenakan) butang; 2. benda kecil pd alat (pesawat dsb) yg bentuknya atau rupanya seakan-akan butang pd pakaian dan ditekan utk menghidupkan atau menggerakkan alat (pesawat dsb) yg berkenaan; berbutang 1. mempunyai (memakai) butang (bkn baju, skirt, seluar, dsb): bajunya ~ di belakang; 2. berpasang butangnya: dia membiarkan bajunya terbuka, tidak ~; berbutangkan menggunakan sesuatu sbg butang: baju kurungnya ~ mutiara;membutangkan 1. memasangkan butang (pd pakaian dsb dgn cara menjahitkannya); 2. memasangkan (mengenakan, melekatkan) butang (utk mengatup): dia ~ kotnya; pembutangan perbuatan (cara) membutangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.tang] | بوتڠ

Definisi : benda yg dibuat drpd plastik, tulang dsb dan digunakan sbg kancing pakaian ataupun dijahit sbg perhiasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lined buttonbutang rangkaiKesenianTiadaDua butang yang dirangkaikan dengan beberapa baris benang yang dililit dengan jahit insang pari. Salah satu butang dijahit pada pakaian dan yang satu lagi dibiarkan tergantung. Pita juga boleh digunakan untuk merangkaikan butang-butang tersebut.
butangbutangKesenianTiadaSimpulan benang asing yang menggantikan lidi songket sebagai tanda corak.
glove lengthsukuran sarung tanganKesenianSeni Reka FesyenIstilah untuk ukuran panjang sarung tangan yang berdasarkan jumlah butang. Satu butang bermakna sarung tangan paras pergelangan tangan. Enam butang bermakna sarung tangan paras separuh hasta. Enam belas butang bermaksud sarung tangan paras siku.
corded buttonholelubang butang tali pintalKesenianTiadaLubang butang yang dijahit di atas tali pintal yang terletak di sekeliling lubang butang untuk kegunaan lubang butang kot dan jaket.
angkat butangangkat butangKesenianTiadaProses mengambil dan memilih benang butang berdasarkan corak tertentu.
ikat butangikat butangKesenianTiadaProses menggantikan lidi songket dengan menyusup benang asing dan kemudian disimpulkan menjadi butang.
mengikat tali butangmengikat tali butangKesenianTiadaProses menggantikan lidi songket dengan menyusun benang asing dan kemudian disimpulkan menjadi butang.
belira angkat butangbelira angkat butangKesenianTiadaBahagian badan kek yang berupa kayu panjang nipis yang digunakan untuk membilang gigi belalang, mengangkat benang butang dan menguak benang lungsin supaya tegang dan menjadi laluan torak atau cuban.
kayu butangkayu butangKesenianTiadaBahagian hujung kek yang terdiri daripada dua batang kayu, satu diikat atau dipasang pada pasung dan satu lagi diikat dan digantung pada bahagian atas tiang kepala kek yang digunakan untuk menggantung butang.
penggantung butangpenggantung butangKesenianTiadaBahagian hujung kek yang terdiri daripada tali yang diregangkan dengan dua batang kayu, satu diikat atau dipasangkan pada pasung, satu lagi diikat atau digantungkan pada bahagian atas tiang kepala kek yang digunakan untuk menggantung butang.
12345678910...

Kembali ke atas