Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.tik] | بوتيک

Definisi : kedai kecil yg biasanya menjual pakaian wanita yg terbaru fesyennya dan hiasan-hiasan badan wanita (spt rantai leher, gelang, cincin, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.tik] | بوتيک

Definisi : kedai tempat menjual pakaian dan barang-barang perhiasan (terutama utk wanita). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Istilah manakah yang paling tepat? Sama ada "Butik Penginapan" atau "Penginapan butik"?Untuk makluman puan, setakat ini belum ada lagi istilah Penginapan Butik atau Butik Penginapan.  Istilah yang ada ialah "Hotel Butik".Istilah13.04.2016
Butik ikhwan

Pengesahan iklan tidak dapat diproses melalui KNB dan E-mel. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara.

 

Lain-lain25.10.2018
Butik pakaian saya telah berpindah ke alamat baru. DBKL mahukan kebenaran bertulis mengenai papan tanda iklan saya. Sebelum ini memang telah mendapat kebenaran daripada DBP tetapi salinannya telah hilang. Bolehkah saya mendapatkan semula salinannya dan berapakah kos nya? Atau adakah saya perlu membuat semula kebenaran baru daripada pihak DBP? Bagaimanakah caranya dan apakah dokumen yang perlu saya bawa untuk proses ini? Sekian terima kasih
Untuk mendapatkan khidmat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila kunjungi Bahagian Penguatkuasaan,  Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Tuan atau wakil tuan boleh datang dan membawa  dua visual iklan untuk semakan. Untuk makluman tuan, tiada caj yang dikenakan untuk semakan bahasa buat masa ini tetapi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Lain-lain02.02.2017
PERTANYAAN IKLAN BUTIK LOVELYBUTIK LOVELYLain-lain15.10.2010
Butik merupakan perkataan bahasa melayuTidak ada etimologi kata butik dalam sumber rujukan kami dan kata butik telah mantap penggunaannya dalam bahasa Melayu.Ejaan15.11.2011
saya ingin mendapatkan pengesahan bahasa untuk iklan butik kasut. kami menggunakan trade name "DC TRIBE" bagi butik kasut kami. untuk pengetahuan pihak tuan butik kami menjual kasut. terima kasih.Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain09.11.2016
Adakah perkataan "Kedai Butik" sesuai digunakan untuk kedai pakaian...contoh ayat : " Kedai Butik Asmah D' Boutique"

Keterangan aktiviti yang sesuai bagi kedai pakaian ialah "Kedai Pakaian" atau "Butik".

Tatabahasa19.10.2011
No. Pendaftaran 230/2015, 232/2015, 233/2015, 236/2015 Permohonan kami seperti di atas telah ditolak dan komen adalah tukar kepada Kedai Jam daripada Butik Jam. 1) Apakan beza antara butik dengan kedai ? 2) Adakah butik tidak boleh digunakan mulai tahun 2015? Sila nasihat kami. Sekian terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, butik bermaksud kedai yang menjual pakaian wanita dan hiasan badan wanita seperti rantai leher, gelang, cincin dan sebagainya. Oleh itu, butik tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Sila tukar kepada Kedai Jam dan hantar semula untuk pengesahan.Lain-lain13.01.2015
No. Pendaftaran 230/2015, 232/2015, 233/2015, 236/2015 Permohonan kami seperti di atas telah ditolak dan komen adalah tukar kepada Kedai Jam daripada Butik Jam. Sebab : butik bermaksud kedai yang menjual pakaian wanita dan hiasan badan wanita seperti rantai leher, gelang, cincin & sebagainya. Kami ingin memberitahu bahawa kedai kami adalah menjual jam tangan lelaki dan perempuan sebagai hiasan. Tetapi kebanyakkan jam tangan kami adalah untuk wanita sebagai hiasa badan mereka. Sila timbangkan dan luluskan pemohonan kami. Sekian terima kasihSila kemukakan semula iklan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan kemas kini (dengan mengekalkan nombor) permohonan tuan.Lain-lain20.01.2015
kedai butik / pakaian fesyen?kedai pakaian / butik pakaianLain-lain04.04.2007
123

Kembali ke atas