Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya mengulangkaji subject bahasa malaysia "effective practise: keluaran oxford fajar. Saya tidak faham perkataan "dedekak". bolehkah saya mencari maksudnya disini? terima kasihIstilah dedekak tidak ditemui dalam mana-mana sumber rujukan/bahan terbitan kami. Namun istilah yang paling hampir dengan perkataan ini ialah dekak-dekak yang bermaksud sejenis alat hitung orang Cina atau Jepun yg berupa pemidang dgn bola-bola atau butir-butir kecil (yg digerak-gerakkan sewaktu membuat perkiraan), sempoa.  Istilah25.04.2010
sebuti kerongsang. adakah "sebuti" itu betul diguna? terima kasih.Lazimnya perkataan butir digunakan untuk penjodoh bilangan bagi barang-barang kecil yang bulat, seperti sebutir telur dan dua butir peluru. Berdasarkan contoh penggunaan penjodoh bilangan tersebut, butir tidak sesuai untuk kerongsang kerana bentuknya yang agak nipis dan mungkin bulat, tiga segi dan sebagainya.Tatabahasa08.08.2011
Penjodoh bilangan untuk pingat adalah butir atau buah. Tetapi, bagaimana nak tahu bila nak gunakan yang mana satu? Terima kasih.

Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah buah. Buah ialah penjodoh bilangan untuk benda yang tidak tentu sifatnya seperti



sebuah kereta, sebuah kerusi.



Dalam Kamus Dewan butir ialah penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat: contohnya  sebutir telur; dua butir peluru.

Tatabahasa25.05.2013
Mohon maaf saya ingin merujuk semula soalan saya 5.7.09 dan jawapan tuan pada 6.7.09. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan ialah "menghembus". Saya merujuk Kamus Dewan, contoh untuk 'tiup' : "dia memarakkan api dengan meniupnya" contoh untuk 'hembus': "menghembus nafas yang terakhir" saya berpendapat menghembus berlaku dalam keadaan perlahan jika dibandingkan dengan meniup. Jadi saya fikir ayat "Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih" lebih tepat, kerana 'menghembus' lebih sesuai untuk memadamkan, manakala 'meniup' adalah untuk memarakkan. Apakah pandangan tuan. B. Menurut Kamus Dewan, "Pingat" bermaksud "bintang yang dikurniakan oleh kerajaan untuk menghormati jasa seseorang". Penjodoh bilangan untuk bintang adalah butir, jadi saya berpendapat penjodoh bilangan untuk pingat adalah "butir" Apa pendapat tuan. Saya mohon kepastian seterusnya. Sebenarnya saya ada masalah untuk mencari jawapan objektif bagi soalan tatabahasa BM murid tahun enam.

A. Antara perbuatan meniup dan menghembus amat sukar untuk mencari perbezaan, dalam Kamus Dewan kata kerja meniup dan menghembus sama makna keduanya, walau bagaimanapun contoh dalam Kamus Pelajar mengaitkan perbuatan meniup untuk memarakkan api, manakala menghembus untuk memadamkan api.

B. Dalam Kamus Dewan butir ialah penjodoh bilangan untuk barang-barang kecil yang bulat: contohnya  sebutir telur; dua butir peluru. Manakala buah ialah penjodoh bilangan untuk benda yang tidak tentu sifatnya seperti sebuah kereta, sebuah kerusi. Berdasarkan contoh tersebut penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebutir pingat.

Tatabahasa09.07.2009

Kembali ke atas