Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.ti.ran] | بوتيرن

Definisi : huraian atau keterangan lengkap tentang sesuatu dgn menyatakan hal yg kecil, perincian: setiap aduan perlulah ada ~ fakta utk memudahkan kerja penyiasatan itu; mereka memberikan pelbagai ~ selain tayangan video tentangan perancangan projek berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.ti.ran] | بوتيرن

Definisi : huraian atau keterangan lengkap ttg sesuatu dgn menyatakan hal-hal yg kecil; perincian: Mereka memberikan pelbagai ~ ttg projek tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata butiran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAL

Syal ialah butiran batuan enapan yang terhasil

dari mampatan lumpur. Ia terdiri terutamanya

daripada batu kuarza dan mineral yang ditemui di

dalam tanah liat. Syal boleh pecah dengan mudah

kepada lapisan nipis dan sama rata. Syal digali

kerana kegunaannya untuk membuat batu-bata dan

simen.

Lihat juga Batuan; Batu loh; Syal minyak.

UMUM 
STATISTIK PENTING

Statistik penting ialah satu rekod peristiwa

paling asas bagi manusia, termasuklah butiran

kelahiran, perkahwinan, perceraian, penyakit, dan

kematian. Statistik penting bagi menunjukkan

perubahan yang berlaku pada penduduk sesebuah

negara, negeri, atau provinsi atau masyarakat

setempat.

UMUM 
AKIK

Akik ialah bentuk kalsedoni yang beralur-alur,

iaitu kuarza jenis butiran halus lagi poros

UMUM 
MESIN DAFTAR TUNAI

Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod

dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin

daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang

tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan

dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di

jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai

ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan

rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan.

UMUM 

Kembali ke atas