Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.yung] | بويوڠ

Definisi : bekas air yg besar perutnya (dibuat drpd tanah liat); mak ~ a) (gelaran yg biasanya dirujuk bagi) perempuan hamil; b) ibu ayam, muncikari; pecah ~ tempayan ada prb laki-laki atau perempuan tidak seorang sahaja (hilang yg satu ada gantinya yg lain); berbuyung-buyung banyak buyung: setiap hari dia menyimpan air minuman ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.yung] | بويوڠ

Definisi : Mn budak laki-laki (panggilan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.yung] | بويوڠ

Definisi : sj bekas air yg besar perutnya dan biasanya dibuat drpd tanah liat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bu.yung] | بويوڠ

Definisi : panggilan utk anak lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buyung

Puisi
 

Itik tuk tanjung,
     Ambil benang buat koyak;
Adik putih ngelek buyung,
     Kacip pinang abang sepiak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pecah buyung,
     tempayan ada.

Bermaksud :

Hilang seorang, masih ada orang lain yang akan menggantinya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sayha Aziz Oct 16th, 4:03pm Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada pegawai yang berkenaan, Saya Fasihah Ab Aziz ingin bertanyakan mengenai buku BUYUNG ADIL – SEJARAH PAHANG- DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA -1972 . Saya ingin mendapatkan satu salinan. Bagaimana saya ingin mendapatkannya? FASIHAH AB AZIZ sayha09@gmail.comWa`alakumussalam. Terima kasih tuan/puan Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain16.10.2015
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami.
2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.
3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas.
4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk);

5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius.

6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa20.12.2013

Kembali ke atas