Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.yung] | بويوڠ

Definisi : bekas air yg besar perutnya (dibuat drpd tanah liat); mak ~ a) (gelaran yg biasanya dirujuk bagi) perempuan hamil; b) ibu ayam, muncikari; pecah ~ tempayan ada prb laki-laki atau perempuan tidak seorang sahaja (hilang yg satu ada gantinya yg lain); berbuyung-buyung banyak buyung: setiap hari dia menyimpan air minuman ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.yung] | بويوڠ

Definisi : Mn budak laki-laki (panggilan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.yung] | بويوڠ

Definisi : sj bekas air yg besar perutnya dan biasanya dibuat drpd tanah liat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[bu.yung] | بويوڠ

Definisi : panggilan utk anak lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buyung

Puisi
 

Itik tuk tanjung,
     Ambil benang buat koyak;
Adik putih ngelek buyung,
     Kacip pinang abang sepiak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pecah buyung,
     tempayan ada.

Bermaksud :

Hilang seorang, masih ada orang lain yang akan menggantinya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buyung Mur.buyung Mur.KesenianTiadaBakul sikut daripada rotan, beranyam rapat dan bercorak, berbentuk silinder, bertapak segi empat, berbingkai bulat daripada rotan dan bertelinga untuk dimasukkan ribis, bertukud di bahagian luar dan dalam serta berari empat.
kakaput (Mur.)kakaput (Mur.)KesenianTiadaTali pada bahagian mulut buyung yang berfungsi sebagai kancing penutup buyung.
octopus potbuyung kuritaPerikananTiadaTiada
pitcherpelempar; pembaling; buyungKesenianTiadaTiada
ikat tantilongikat tantilongKesenianTiadaPepeh kemasan untuk menghias badan anyaman seperti baku, buyung dan sebagainya.
organic psychosispsikosis organikPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang berpunca daripada kecederaan atau kerosakan tisu otak yang mengakibatkan individu terlibat mengalami halusinasi, delusi atau hilang kawalan terhadap ledakan emosi. Kecelaruan ini boleh berpunca daripada bahan kimia plumbum yang dimakan dengan tidak sengaja. Bahan plumbum ini biasanya terkandung dalam cat, paip air, pemancut air, buyung atau mendapan di jalan raya atau kereta buruk.

Kembali ke atas