Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bar] | چابر

Definisi : tawar hati, takut, penakut: ~nya segala orang muda-muda ini; mencabar 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, memper­soalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; cabar-mencabar (perbuatan) saling men­cabar (antara satu dgn lain): ~ adalah suatu bentuk provokasi yg mesti dielakkan; mencabarkan menawarkan hati, meng­hilangkan keberanian, menjadikan takut; tercabar kena cabar (dipersoalkan): dia tidak rela kelelakiannya ~; cabaran 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg men­cabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~; kecabaran ketawaran hati, ketakutan; pencabar orang (pihak, golongan, dsb) yg mencabar: ~ juara dunia, Anatoly Karpov, berjaya menyamakan kedudukan lapan mata; ~ kpd golongan elit ini menuduh mereka menjual kepentingan kumpulan etnik mereka kpd kumpulan etnik lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bar] | چابر

Definisi : Mn 1. kurang hati-hati, kurang ingat­-ingat, lalai; 2. kurang hemat, boros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bar] | چابر

Definisi : penakut; pengecut: Alangkah ~ rupanya tuan, tidak spt Raja Pahlawan. mencabar 1 menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2 mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3 memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb: tugas yg ~. 4 mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. cabaran 1 ajakan utk ber­lawan; tantangan. 2 sesuatu yg mencabar: Hidup ini penuh dgn ~. pencabar orang yg mencabar; penantang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu makin dipinggirkan oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Media cetak lebih lagi eletronik memburukkan lagi keadaan. DBP tidak ada undang-undang penguatkuasaan. Benci betul saya melihat perkataan 'car wash', parking, private properties dan banyak lagi seolah-olah mencabar bahasa Melayu. Undang2 Kecil Bandaran mengenaan bahasa Kebangsaan siapa pun tak ambil tahu. Menteri-menteri Melayu pun sama tak ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, sanggup jual bangsa, Bahasa Melayu diganti dengan Bahasa mlaysia. Ada orang sanggup cabar di Mahkamah ke? Cakap banyak pun buat sakit hati, apa yang saya boleh bantu DBP dalam mempertabatkan Bahasa Melayu?.Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dalu-alukan dan dihargai. Diharap tuan dapat terus memberikan sokongan kepada usaha dan kegiatan yang kami adakan dari semasa ke semasa. Terima kasih.Lain-lain02.11.2007
Saya Halimah Musek sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin DBP, tanya apakah maksud pantun berkait itu ,terimaksih

Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.

Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut:

Lebah terbebar terbang sekawan,

         Hinggap di celah kayu berduri;

Alangkah cabar rupamu tuan,

          Dagangan indah tidak terbeli.

 

Hinggap di celah kayu berduri ,

             Kepayang tumbuh di dalam dulang ;

Dagangan indah tidak terbeli ,

              Sayang sungguh nyawanya hilang.

Puan boleh merujuk buku Kumpulan Pantun Lisan Melayu "Kurik Kundi Merah Saga" terbitan DBP untuk melihat pantun Melayu.

Lain-lain06.11.2013
Saya mahasiswa Y.I.U ingin bertanyn apakan mahna pantun . dan contoh pantun berkait.

Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.

Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut:

Lebah terbebar terbang sekawan,

         Hinggap di celah kayu berduri;

Alangkah cabar rupamu tuan,

          Dagangan indah tidak terbeli.

 

Hinggap di celah kayu berduri ,

             Kepayang tumbuh di dalam dulang ;

Dagangan indah tidak terbeli ,

              Sayang sungguh nyawanya hilang.

 

Lain-lain14.07.2010
saya Yusra Tehtae,sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar,ingin bertannya DBP,apakah maksut pantun berkait serta contohnya,terima kasih.

Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.

Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut:

Lebah terbebar terbang sekawan,

         Hinggap di celah kayu berduri;

Alangkah cabar rupamu tuan,

          Dagangan indah tidak terbeli.

 

Hinggap di celah kayu berduri ,

             Kepayang tumbuh di dalam dulang ;

Dagangan indah tidak terbeli ,

              Sayang sungguh nyawanya hilang.

Puan boleh merujuk buku Kumpulan Pantun Lisan Melayu "Kurik Kundi Merah Saga" terbitan DBP untuk melihat pantun Melayu.

Sastera06.11.2013

Kembali ke atas