Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bar] | چابر

Definisi : tawar hati, takut, penakut: ~nya segala orang muda-muda ini; mencabar 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, memper­soalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; cabar-mencabar (perbuatan) saling men­cabar (antara satu dgn lain): ~ adalah suatu bentuk provokasi yg mesti dielakkan; mencabarkan menawarkan hati, meng­hilangkan keberanian, menjadikan takut; tercabar kena cabar (dipersoalkan): dia tidak rela kelelakiannya ~; cabaran 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg men­cabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~; kecabaran ketawaran hati, ketakutan; pencabar orang (pihak, golongan, dsb) yg mencabar: ~ juara dunia, Anatoly Karpov, berjaya menyamakan kedudukan lapan mata; ~ kpd golongan elit ini menuduh mereka menjual kepentingan kumpulan etnik mereka kpd kumpulan etnik lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bar] | چابر

Definisi : Mn 1. kurang hati-hati, kurang ingat­-ingat, lalai; 2. kurang hemat, boros. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bar] | چابر

Definisi : penakut; pengecut: Alangkah ~ rupanya tuan, tidak spt Raja Pahlawan. mencabar 1 menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2 mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3 memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb: tugas yg ~. 4 mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. cabaran 1 ajakan utk ber­lawan; tantangan. 2 sesuatu yg mencabar: Hidup ini penuh dgn ~. pencabar orang yg mencabar; penantang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabar


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Cabar pembacaan anak kecil bukan tindakan bijakNor Afzan Mohamad YusofBerita Harian28.05.2007
Usah cabar pelaksanaan Sains, Matematik dalam BIAmin Ridzuan Ishak dan S Anand KumarBerita Harian31.12.2008
Pena cabar Gapena, Menteri PelajaranSalbiah AniBerita Harian04.12.2008
Globalisasi cabar bahasa MalaysiaSalmah Zainal AbidinUtusan Malaysia17.09.2007
Puspa cabar Harris namakan penulis upahanTiadaBerita Harian26.01.1985
Zain cabar golongan elitZubairi ZabidinBerita Harian31.05.1993
Pujian cabar ketahanan bangsa MelayuTiadaBerita Harian06.08.1985
Arpipi cabar PelitaMokhtar YusofBerita Harian02.12.1998
Sayuti cabar Mat Zaman tunjuk mukaSayuti OmarMingguan Waktu06.10.1991
Di Cabar Kawan SendiriTiadaBacaria13.04.1988
12345

Kembali ke atas