Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.but] | چابوت

Definisi : 1. tarik; 2. keluar (pergi, lari) dr sesuatu tempat: anak abang itu jangan abang ~ dr sekolah supaya ada pelajarannya sedikit; ~ lari lari meninggalkan sesuatu tempat dgn segera; bercabut (telah) dicabut, terbantun, terhunus; mencabut 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; mencabuti mencabut berkali-kali, mencabut banyak-banyak (sekali gus); mencabutkan mencabut (sesuatu) utk orang lain, menarikkan: Abu ~ kami beberapa perdu ubi keledek utk dibawa pulang; tercabut 1. sudah dicabut; 2. dapat (boleh) dicabut: keris itu tidak ~ drpd sarungnya; cabutan 1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; ~ bertuah undian yg dibuat dgn mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yg menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (drpd karangan dsb); pencabutan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mencabut, penarikan (kembali), pemba­talan, penghapusan; pencabut orang yg (alat utk) mencabut; ~ paku alat utk mencabut paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.but] | چابوت

Definisi : komisen, dalal, upah; ~ sepuluh satu dlm tiap-tiap sepuluh (sen, ringgit, dll), satu (sen, ringgit dll) diambil sbg komisen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.but] | چابوت

Definisi : ; main ~ sj permainan terup, main dua puluh satu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.but] | چابوت

Definisi : ; mencabut 1 menarik keluar supaya terlepas dr sesuatu: ~ rumput; ~ keris. 2 mengambil dr sesuatu kum­pulan dsb: ~ daun terup. ~ loteri memilih loteri yg menang. ~ nyawa mematikan seseorang; membunuh. ~ undi memilih dgn cara mengundi. ~ untung memperoleh keuntungan. mencabutkan mencabut utk orang lain: Ahmad telah ~ kami beberapa perdu ubi kayu utk dibawa pulang. tercabut 1 sudah dicabut; terhunus. 2 dpt dicabut: Akar kayu itu tidak ~ olehnya. cabutan 1 apa-apa yg (sudah) dicabut. 2 petikan. pencabut 1 orang yg mencabut sesuatu. 2 alat utk mencabut: ~ paku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabut

Puisi
 

Tek kerencing orang semandi,
     Cabut ekor tinggal kepala;
Tak sabit barang ke mari,
     Sesal juga dalam kepala.


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
tailturn ~, cabut lari: his attackers turned ~ when they heard the police siren, penyerang-penyerangnya cabut lari apabila mendengar siren polis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
streak ~ off, cabut lari: the boys ~ed off as fast as their legs could carry them, budak-budak itu cabut lari secepat yg terdaya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scarpervi (UK), (sl) cabut: when the policeman appeared, the pickpocket ~ed, apabila polis muncul, penyeluk saku itu pun cabut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skedaddle vi run off hastily, (colloq) cabut lari: as soon as they saw the farmer, the boys ~d, sebaik saja mereka ternampak petani itu, mereka cabut lari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
light 2 ~ out, (US), (colloq) cabut lari: the frightened deer lit out for the woods, rusa yg ketakutan itu cabut lari ke hutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
light 2 ~ out, (US), (colloq) cabut lari: the frightened deer lit out for the woods, rusa yg ketakutan itu cabut lari ke hutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sprint ~ /off, away/, cabut (lari): on seeing the security guard they jumped down from the window and ~ed off, apabila ternampak pengawal keselamatan itu mereka melompat turun dr tingkap dan cabut lari.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
start c. move away quickly, cabut lari: the monkeys ~ed off as soon as the farmer put his gun to his shoulder, monyet-monyet itu cabut lari sebaik saja petani itu mengacukan senapangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bolt3vi 1. run away, cabut lari: the thief ~ed when he saw the policeman, pencuri itu cabut lari apabila dia nampak polis; 2. (of horses ) lari dgn liar: the frightened horse suddenly ~ed, kuda yg ketakutan itu tiba-tiba lari dgn liar; 3. dash, meluru lari: she panicked and ~ed into the room, dia panik lalu meluru lari ke dlm bilik itu; 4. move or spring suddenly, membingkas: he ~ed from the chair on hearing the scream, dia membingkas dr kerusinya apabila mendengar jeritan; 5. (of plants) tumbuh terlalu cepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
skip 1 ~ /off, out /, (colloq) cabut: each time there’s a job to be done he ~s off with his friend, setiap kali dia diberi kerja, dia cabut bersama kawan-kawannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas