Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bu.tan] | چابوتن

Definisi : 1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; ~ bertuah undian yg dibuat dgn mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yg menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (drpd karangan dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bu.tan] | چابوتن

Definisi : 1 apa-apa yg (sudah) dicabut. 2 petikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, soalan tentang frasa "Cabutan bertuah", jika mahu mengelakkan penggunaan "bertuah", bolehkah dipendekkan kepada "cabutan" sahaja? Adakah membawa maksud yang sama, contoh "Ahmad menang hadiah dalam cabutan yang diadakan."Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud “cabutan bertuah” ialah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu. 

Ayat yang betul ialah, "Ahmad memenangi hadiah dalam cabutan bertuah yang diadakan."

Oleh yang demikian, perkataan “cabutan bertuah” perlu dieja bersekali bagi menyampaikan makna yang dilambanginya.

Lain-lain20.10.2023
CABUTAN PERTUAH "Menyambut Ulang Tahun ke-10" sama dengan kata china "欢庆10周年幸运大抽奖" "Promosi Istemewa Di Bulan June" sama dengan kata china "7月份整个月好康不停断"
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).
Lain-lain14.06.2017
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah.Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah.Makna27.12.2018
Adakah ayat atau ejaan betul? Transaksi yang terlibat adalah sama sepertimana tahun 2015 seperti cabutan minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kali Ke-26/2017.Transaksi yang terlibat sama seperti tahun 2015 dalam cabutan minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kali ke-26/2017.Lain-lain11.04.2017
Adakah betul penggunaan perkataan ekstrak dalam ayat ini "Bersama ini dikemukakan Laporan Kewangan (ekstrak) bagi tahun 2020 untuk rujukan tuan." Maksud ayat yang cuba disampaikan adalah Laporan Kewangan yang dikemukakan adalah beberapa bahagian sahaja, bukan keseluruhan.Perkataan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah extract dalam bahasa Inggeris yang bermaksud cabutan. Sila gunakan perkataan cabutan untuk ayat tersebut.Makna20.08.2021
Mohon kelulusan input banner berikut : JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPNPermohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/
Sekian terima kasih
Lain-lain08.06.2017
Mohon kelulusan input bunting berikut : Logo PTPTN Tabung Pendidikan JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPN *Tertakluk pada terma dan syarat ** Gambar yang dipaparkan ialah ilustrasi sahaja ***PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa memaklumnya kepada pelangganPermohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/
Sekian terima kasih
Istilah08.06.2017
Adakah ayat dalam Bahasa Melayu sama maksud dengan ayat tulisan Jawi? Gollll! Menangi hadiah eksklusif ini dengan Pakej Advance MaxCheck! * Tertakluk pada Terma & Syarat. Satu (1) cabutan bertuah bagi setiap pembelian pakej Advance MaxCheck. Tawaran sah sementara stok masih ada. Gوللل مآناgي هادياه آكسكلوسيف يني دآنgان باكآج ادفانثآ ماخشآثك! طآرتاكلوك بادا تآرما دان سيارات. صاتو (أ) ثابوتان بآرتواه باgي سآتياب بآمبآليان باكآج ادفانثآ ماخشآثك. طاواران ساه سآمتارا ستوثك ماسيه اداLihat Lampiran.Ejaan31.03.2014
Bolehkan saya dapat senarai kata-kata pinjaman bahasa Cina yang terdapat dalam Kamus Dewan? Sekian, terima kasih.

Dalam sumber rujukan kami tidak ada senarai khusus yang merupakan cabutan daripada mana-mana kamus tentang kata-kata pinjaman daripada bahasa Cina. Oleh itu, saudara perlu merujuk kamus untuk mengenal pasti senarai yang dimaksudkan. 

Lain-lain17.11.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan/puan, Mohon bantuan. Apakah beza diantara memo dan minit bebas? dan bilakah ianya digunakan?Memo merupakan nota ringkas edaran dalaman (pejabat) tentang sesuatu perkara. Minit ceraian ialah cabutan minit daripada minit induk; minit curai ialah laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur. Tidak ada maklumat tentang minit bebas dalam data kami.Tatabahasa17.08.2016
12

Kembali ke atas