Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ca.mar.ba] | چاچامربا

Definisi : mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian: akibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan ~ yg meremehkan peranan kebudayaan Melayu yg sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacamarba


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kelas kata bagi cacamarba?Cacamarba ialah kata adjektif.Tatabahasa10.12.2014
Salam sejahtera, Bagaimanakah penggunaan "cacamarba" dalam ayat Bahasa Malaysia yang formal?

Mengikut Kamus Dewan Perdana, “cacamarba” membawa maksud bercampur aduk dengan pelbagai unsur secara tidak teratur sehingga mewujudkan suasana atau keadaan yang kelam-kabut, tidak keruan dan sebagainya.

Contoh ayat:

a)    Lampu isyarat rosak dan menyebabkan lalu lintas cacamarba.

b)    Fesyen pakaian kumpulan itu cacamarba.

c)    Keadaan politik sekarang sudah cacamarba.

Makna29.06.2022
boleh kah kita mengunakan perkataan cacarmarba dalam karangan?Menurut Kamus Dewan, cacamarba mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian. Kata ini boleh digunakan dalam karangan. Untuk makluman saudara, ejaan kata yang betul ialah cacamarba, bukan cacarmarba. Untuk membantu saudara, contoh ayat bagi kata ini ialah Akibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan cacamarba yg meremehkan peranan kebudayaan Melayu yg sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain26.01.2007

Kembali ke atas