Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.car] | چاچر

Definisi : sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg berbintik-bintik dan meninggalkan kesan atau parut pd kulit, ketumbuhan; ~ air cacar yg mengandungi air, cengkering, jeluntung; ~ ayam sj penyakit ayam; ~ betul = ~ nanah cacar yg mengandungi nanah; ~ lembu sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg menjangkiti bahagian puting tetek lembu (boleh juga menular kpd manusia); ~ monyet sj cacar yg kecil-kecil; ~ palsu campak; bercacar ditanam benih cacar (utk mencegah penyakit cacar), bercungkil; mencacar menanam benih cacar dlm tubuh, mencungkil; pencacaran perihal mencacar, pencungkilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.car] | چاچر

Definisi : ark Tr lincah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.car] | چاچر

Definisi : , = demam ~ penyakit berjangkit yg disebabkan oleh virus dan meninggalkan kesan atau parut pd kulit; ketumbuhan. ~ air cacar yg berbintik-bintik merah pd kulit (biasanya menyerang kanak-kanak); jeluntung. ~ betul cacar yg bernanah. ~ palsu campak. bercacar ditanami benih cacar (bkn badan) utk mencegah penyakit cacar; bercungkil; bersuntik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah bertali arus, Gempa bumi, Layar ingatan, Gigi air, Logik akal, Cacar air, Jantung hati, Jalan pintas kata majmuk?

Bertali arus, gempa bumi, layar ingatan, gigi air, logik akal, cacar air, jantung hati dan jalan pintas ialah kata majmuk.

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan dengan sebarang unsur.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kata majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 48,54,72-75, 139 dan 218.

Terima kasih.

Tatabahasa20.02.2023
Apakah ejaan sebenar untuk bubur chacha? Cha-cha, chacha atau cacar?

Saudara,

Ejaan yang betul ialah bubur caca. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Ejaan17.07.2009
Apakah sinonim lain bagi vaksinPerkataan lain untuk vaksin ialah benih cacar.Istilah09.06.2009
Merujuk kepada Buku Teks Sains Darjah 5 halaman 11 ISBN 983-62-8859-7, saya mendapati kekeliruan tafsiran istilah antara 'chicken pox' dengan 'measles'. Sepanjang pembelajaran saya, 'chicken pox' ialah demam campak manakala measles ialah 'cacar air' dan sebaliknya yang diterbitkan di dalam buku tersebut. Kedua-duanya berpunca daripada virus yang berbeza. Harap Tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih.

Merujuk soalan anda, kedua-dua istilah berkenaan, iaitu chicken pox - cacar dan measles - campak adalah tepat dengan merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Malah penggunaan perkataan ini juga diguna pakai dalam laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, kementerian Kesihatan Malaysia. Anda boleh merujuk laman web ini. sekian terima kasih.

chicken pox: http//www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/ChickenPox.php

measles: http//www.infosihat.gov.my/media/bahanPameran/Pam%20Imunisasi/PDF/Pos_Imum_29.pdf

Lain-lain11.04.2011
Chicken-pox atau Chickenpox istilah yang betul dalam Bahasa Inggeris? World Health Organization menggunakan istilah chickenpox. Mohon pencerahan.Istilah sumber yang digunakan ialah chickenpox iaitu dalam bahasa Melayunya ialah cacar air atau cengkering.
Istilah10.01.2023

Kembali ke atas