Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.car] | چاچر

Definisi : sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg berbintik-bintik dan meninggalkan kesan atau parut pd kulit, ketumbuhan; ~ air cacar yg mengandungi air, cengkering, jeluntung; ~ ayam sj penyakit ayam; ~ betul = ~ nanah cacar yg mengandungi nanah; ~ lembu sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg menjangkiti bahagian puting tetek lembu (boleh juga menular kpd manusia); ~ monyet sj cacar yg kecil-kecil; ~ palsu campak; bercacar ditanam benih cacar (utk mencegah penyakit cacar), bercungkil; mencacar menanam benih cacar dlm tubuh, mencungkil; pencacaran perihal mencacar, pencungkilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.car] | چاچر

Definisi : ark Tr lincah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.car] | چاچر

Definisi : , = demam ~ penyakit berjangkit yg disebabkan oleh virus dan meninggalkan kesan atau parut pd kulit; ketumbuhan. ~ air cacar yg berbintik-bintik merah pd kulit (biasanya menyerang kanak-kanak); jeluntung. ~ betul cacar yg bernanah. ~ palsu campak. bercacar ditanami benih cacar (bkn badan) utk mencegah penyakit cacar; bercungkil; bersuntik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacar


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
cacar airchickenpoxSejenis penyakit yang disebabkan oleh virus dan mudah berjangkit. Ciri-ciri penyakit cacar air ialah demam berbintik-bintik merah dan berair serta meninggalkan kesan atau parut pada kulit. Lihat RajahSekolah Rendah
pemvaksinanvaccinationPenyuntikan sesuatu vaksin untuk menghasilkan keimunan bagi melawan sesuatu penyakit. Contohnya, inokulasi virus penyakit cacar yang lemah untuk mewujudkan keimunan terhadap penyakit tersebut.Menengah Atas
wabakepidemicPenularan suatu penyakit yang merebak dengan cepat di kalangan penduduk sesuatu tempat. Contohnya, taun dan cacar.Sekolah Rendah

Kembali ke atas