Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ci] | چاچي

Definisi : cela, cerca, nista; ~ maki kata yg keji dan kotor; bercaci-cacian saling mencaci, saling men­cela, saling mencerca, saling menghina; mencaci 1. mengatakan keburukan orang, mencela, menghina: dia tidak mahu belajar lagi kerana gurunya selalu ~ dia di depan murid-murid lain; 2. = ~ maki memaki-maki dgn kata-kata yg keji dan kotor; caci-mencaci (perbuatan) saling mencaci (antara satu sama lain): utk menenangkan keadaan, elakkan sebarang perbuatan ~ dan cabar-mencabar; tercaci dicaci, terkeji: sifat-sifat yg ~; cacian celaan, cercaan, nistaan; pencaci orang yg mencaci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ci] | چاچي

Definisi : , = cacian kata-kata yg keji utk menghina dan utk mencerca; nista. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata caci


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Buku caci Islam di mansuhkanTiadaBerita Harian08.03.1984
Kenapa semua orang caci Kuala Lumpur?Baharudin C. DUtusan Malaysia05.02.1978
Bukan pertemuan untuk caci makiTiadaPelita (Indonesia)28.12.1979
Rampas CD jual lagu caci NegarakuAhmad Fitri Che MusaMetro Ahad19.08.2007

Kembali ke atas