Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penya­kit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap); ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-­kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; mencacing sangat kurus (badan); cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat panjang atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm tanah dan ada yg hidup dlm tubuh manusia dll). ~ benang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan atau padang pasir. ~ gelang(-gelang) cacing yg hidup dlm usus manusia, Ascaris lumbricoides. ~ kerawit cacing yg hidup dlm usus manusia atau binatang.~ pita (pipih) cacing pipih berwarna kelabu yg hidup dlm usus binatang atau dlm usus manusia, Taenia spp.. ~ rambu cacing yg halus-halus. ~ tanah cacing bulat panjang yg hidup di dlm tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacing

Puisi
 

Gali cacing di Kampung Cina,
     Pergi mengail keruh airnya;
Timbang dacing kena sukatnya,
     Baru berniaga boleh lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai cacing kena air panas.

Bermaksud :

Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan, b. Seperti cacing kepanasan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
slimy ~ worms were used as bait, cacing-cacing yg lembik dan melekit digunakan sbg umpan; they found it hard to keep their footing on the ~ stepping stones, mereka mendapati sukar utk berpijak pd batu loncatan yg licin berlumut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squiggly adj spt cacing kerawit: ~ handwriting, tulisan spt cacing kerawit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
worm-castn tahi cacing: there are ~s all over the garden, terdapat tahi cacing di merata-rata taman itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wormvt membuang cacing: most dogs need to be ~ed from time to time, kebanyakan anjing perlu dibuang cacing dr semasa ke semasa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squiggle n (colloq) cacing kerawit: his handwriting looked to me like a series of ~s, bagi saya, tulisannya kelihatan spt rangkaian cacing kerawit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wormn 1. small thin creature with no backbone or limbs, cacing: the ~ breaks down and aerates the soil, cacing memecahkan dan mengudarakan tanah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tapewormn cacing pita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roundwormn cacing bulat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lungwormn cacing peparu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hookwormn cacing kerawit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas