Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penya­kit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap); ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-­kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; mencacing sangat kurus (badan); cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.cing] | چاچيڠ

Definisi : beberapa jenis binatang yg bulat panjang atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm tanah dan ada yg hidup dlm tubuh manusia dll). ~ benang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan atau padang pasir. ~ gelang(-gelang) cacing yg hidup dlm usus manusia, Ascaris lumbricoides. ~ kerawit cacing yg hidup dlm usus manusia atau binatang.~ pita (pipih) cacing pipih berwarna kelabu yg hidup dlm usus binatang atau dlm usus manusia, Taenia spp.. ~ rambu cacing yg halus-halus. ~ tanah cacing bulat panjang yg hidup di dlm tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacing

Puisi
 

Gali cacing di Kampung Cina,
     Pergi mengail keruh airnya;
Timbang dacing kena sukatnya,
     Baru berniaga boleh lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai cacing kena air panas.

Bermaksud :

Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan, b. Seperti cacing kepanasan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antihelminthicubat cacingPerubatanTiadaKumpulan ubat yang digunakan untuk merawat infestasi cacing dengan melumpuhkan atau membunuh cacing. Cacing ini kemudiannya keluar bersama najis. Terdapat pelbagai jenis ubat cacing yang berkesan untuk kebanyakan jenis cacing atau yang khusus untuk cacing tertentu sahaja. Pengambilan ubat cacing akan menyebabkan kurang selera makan, pening dan loya. Ubat cacing boleh didapati dalam bentuk tablet atau sirap (cecair). Contohnya, Albendazol dan Pyrantel Pamoate. Sinonim antihelmin.
parasitic wormcacing parasitVeterinarTiadaCacing yang menjadi parasit pada ternakan. Terdapat beberapa jenis cacing yang terlibat iaitu cacing gelang, cacing pipih dan cacing pita. Contoh cacing gelang ialah Ascaris spp yang menyerang lembu dan babi yang terdapat di dalam saluran pencernaan. Contoh cacing pipih pula ialah Fasciola hepatica yang menyerang organ hepar ternakan. Manakala contoh cacing pita ialah Taenia saginata yang menyerang di sepanjang usus ternakan. Kesemua cacing ini menghisap darah perumah dan menyebabkannya kurus, merencatkan pertumbuhan, mengurangkan kecekapan makanan dan mengurangkan selera makan. Dalam keadaan yang serius boleh menyebabkan kematian pada ternakan. Kewujudan cacing ini yang menyerang ternakan boleh menyebabkan kerugian dari segi ekonomi kepada pengusaha ladang.
endoparasitic infestationserangan endoparasitPerikananAkuakulturJangkitan penyakit ikan yang berpunca daripada serangan parasit hidup, seperti cacing gelang, cacing pipih, cacing berduri dan cacing pita pada otot dan organ dalaman ikan. Ikan yang dijangkiti menunjukkan tanda seperti benjolan berwarna hitam, kuning atau putih pada otot, atau perut yang kurus/buncit.
worm castkas cacing/lubang cacingPertanianTiadaRuang yang dibentuk oleh cacing di dalam tanah
worm geargear cacingMekanikGunaanGear yang berbentuk ulir skru trapezium, sama ada liur tunggal atau ulir jenis lain, yang bersirat dengan roda cacing. Roda cacing mempunyai gigi melengkung dan garis pusat yang lebih besar untuk disesuaikan dengan gear cacing.
gapewormcacing kuap/cacing melongoVeterinarTiadaTiada
worm castkas cacing/lubang cacingGeologiTiadaTiada
tapewormcacing pitaPerubatanTiadaCacing parasit yang terdapat di dalam usus. Cacing ini berbentuk pipih seperti pita dan bersegmen; telur cacing tersebut memasuki saluran makanan perumah perantara, dan seterusnya memasuki tisu untuk membentuk sista; apabila perumah perantara dimakan, sista tersebut berkembang di dalam saluran makanan perumah yang baru ini dan menjadi cacing pita dewasa.
helminthologyhelmintologiPerubatanTiadaKajian tentang cacing, terutama cacing parasit.
flukeflukPerubatanTiadaNama am bagi semua cacing Trematoda yang parasit. Cacing ini mempunyai badan yang nipis seperti helaian daun dan diselubungi oleh kutikel yang teguh; di bahagian hadapannya terdapat beberapa cangkuk atau alat penghisap, atau kedua-duanya. Cacing ini terdapat di dalam tubuh, seperti dalam darah, usus, hati dan peparu. Lihat juga skistosom.
12345678910...

Kembali ke atas