Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacing gelang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parasitic wormcacing parasitVeterinarTiadaCacing yang menjadi parasit pada ternakan. Terdapat beberapa jenis cacing yang terlibat iaitu cacing gelang, cacing pipih dan cacing pita. Contoh cacing gelang ialah Ascaris spp yang menyerang lembu dan babi yang terdapat di dalam saluran pencernaan. Contoh cacing pipih pula ialah Fasciola hepatica yang menyerang organ hepar ternakan. Manakala contoh cacing pita ialah Taenia saginata yang menyerang di sepanjang usus ternakan. Kesemua cacing ini menghisap darah perumah dan menyebabkannya kurus, merencatkan pertumbuhan, mengurangkan kecekapan makanan dan mengurangkan selera makan. Dalam keadaan yang serius boleh menyebabkan kematian pada ternakan. Kewujudan cacing ini yang menyerang ternakan boleh menyebabkan kerugian dari segi ekonomi kepada pengusaha ladang.
endoparasitic infestationserangan endoparasitPerikananAkuakulturJangkitan penyakit ikan yang berpunca daripada serangan parasit hidup, seperti cacing gelang, cacing pipih, cacing berduri dan cacing pita pada otot dan organ dalaman ikan. Ikan yang dijangkiti menunjukkan tanda seperti benjolan berwarna hitam, kuning atau putih pada otot, atau perut yang kurus/buncit.
round wormcacing gelangVeterinarTiadaTiada
common roundwormcacing gelangPerubatanTiadaLihat Ascaris lumbricoides.
endoparasiteendoparasitBiologiEkologiParasit yang hidup di dalam perumah. Misalnya, cacing gelang dan cacing kerawit.
Ascaris lumbricoidesAscaris lumbricoidesPerubatanTiadaCacing bulat yang memparasit usus kecil manusia, terutama pada kanak-kanak di kawasan tropika. Infeksi oleh cacing ini kadangkala mungkin mengakibatkan penyekatan usus yang mungkin disalah diagnos sebagai apendisitis. Sin: cacing gelang.
parasiteparasitVeterinarTiadaOrganisma yang hidup di luar atau di dalam badan ternakan dan mengambil manfaat daripada perumahnya untuk hidup. Kewujudan organisma ini dalam bilangan yang tinggi akan menyebabkan perumah mudah diserang penyakit dan menjejaskan sumber pendapatan daripada ternakan. Dalam kes yang serius, organisma ini boleh menyebabkan kematian pada ternakan. Contoh parasit yang terdapat dalam usus ialah cacing (gelang, pipih dan pita) dan protozoa (koksidia). Dalam darah, parasit yang biasa ditemui ialah leptospira dan bakteria hawar berdarah. Contoh parasit luar pula ialah kutu, tungau dan sengkenit.

Kembali ke atas