Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.dang] | چادڠ

Definisi : ; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, mengan­jurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntuk­kan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. memper­siapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak me­lambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); pencadangan perihal (perbuatan dsb) men­cadangkan; pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.dang] | چادڠ

Definisi : ; bercadang bersedia atau ber­maksud utk berbuat sesuatu: Saya ~ akan pergi ke luar negara pd tahun ha­dapan. mencadangkan 1 mengeluarkan fikiran; mengusulkan; menyarankan: Ia ~ supaya perkara itu disiasat terlebih dahulu. 2 mengemukakan (seseorang) sbg calon: Ia ~ Adli sbg bendahari persatuan itu. 3 menyediakan atau menyimpan sesuatu utk kegunaan apabila perlu. cadangan 1 sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2 sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. pencadang orang yg mencadang­kan; pengusul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cadang

Puisi
 

Akar pilih kuda belang,
     Akar lama melilit pongsu;
Kalau tak boleh seperti dok cadang,
     Nak bawa cerana mengadap guru.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
lapisan tisu fotosintesis yang nipis di bahagian luar batang, dan bunga yang biasanya besar dan berwarna terang. (BIO) CAD (CAD) Singkatan bagi Computer Aided Design. Lihat Computer Aided Design. (KEJ) cadang-cadang (cadang-cadang) Penyakit kelapa yang mula-mula diketahui di Filipina yang disebabkan oleh viroid. Gejala utama pada pokok dewasa berupa bintik kuning perang pada daun, diikuti dengan luruh dan pokok

Kembali ke atas