Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.da.ngan] | چادڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak me­lambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.da.ngan] | چادڠن

Definisi : 1 sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2 sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cadangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CADANGAN UMUM 
LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB

LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan jawatankuasa Pendidikan 1956. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya diadakan satu jawatankuasa lain untuk meninjau semula cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Tugas utama Jawatankuasa Abdul rahman Talib adalah untuk mengkaji pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan, iaitu menimbangkan implikasi dari segi kepentingan negara dan kewangan termasuk mengenai pengenalan pendidikan  percuma pada peringkat sekolah rendah. Laporan Jawatankuasa Abdul rahman Talib juga dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Penyemak Pendidikan 1960.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
EJAAN CADANGAN

EJAAN CADANGAN, sistem ejaan yang telah disusun oleh Hassan bin Ahmad, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.  Penyusunan sistem ejaan ini diusahakan kerana ejaan yang dirancang untuk digunakan bersama  oleh Persekutuan Tanah Melayu dengan Indonesia belum dilaksanakan. Sistem ejaan yang disusun pada tahun 1971 ini adalah untuk kegunaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

BAHASABahasa
KATA DUA

Kata dua ialah satu cadangan ataupun desakan

terakhir yang dibuat oleh salah satu pihak yang

sedang berunding.

UMUM 
PUNGUTAN SUARA

Pungutan suara ialah pengundian oleh rakyat

tentang sesuatu persoalan. Pungutan suara

memberi peluang kepada semua pengundi di

sesebuah negara atau wilayah untuk membuang

undi bagi menentukan dasar kerajaan atau

cadangan undang-undang yang baru. Dalam

pungutan suara, pengundi hanya menyokong atau

menentang sesuatu cadangan. Kadangkala

pungutan suara juga dikenali sebagai plebisit .

UMUM 
SHARP, GRANVILLE

Sharp, Granville (1735–1813) ialah pemimpin

gerakan menentang perhambaan di Britain. Pada

tahun 1772, usahanya berhasil apabila undang-undang

memutuskan bahawa hamba yang

memasuki wilayah British adalah bebas secara

automatik. Cadangan Granville Sharp supaya tanah

jajahan membebaskan hamba dikuatkuasakan di

Sierra Leone pada tahun 1787. Sharp menjalankan

kempen menentang kumpulan yang menindas dan

membantu menubuhkan Persatuan Bible British

dan Asing (British and Foreign Bible Society) pada

tahun 1804. Granville Sharp lahir di Durham,

England.

UMUM 
PERLEMBAGAAN RAKYAT

PERLEMBAGAAN RAKYAT (1947),  satu cadangan ringkas dasar pentadbiran negara bagi menolak cadangan Perjanjian Persekutuan 1948 yang dibuat oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), raja-raja Melayu dan British.  Perlembagaan Rakyat dibuat oleh gabungan Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malayan Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA) pada 8 Ogos 1947.  Kedua-dua gabungan ini menentang usaha UMNO dan raja-raja Melayu untuk membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan perjanjian baharu.  Oleh sebab British menyebelahi UMNO dan raja-raja Melayu, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa kerja (Working Committee) telah dibentuk dengan 12 orang anggota, iaitu enam orang pegawai British, empat orang wakil raja-raja Melayu dan dua orang wakil UMNO.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
KELUARGA GRACCHUS

Keluarga Gracchus ialah keluarga bangsawan

kelas atasan pada zaman Rom purba. Dua beradik,

Tiberius dan Gaius Gracchus menjadi terkenal

sebagai pegawai yang cuba mengubah sistem

politik dan ekonomi Republik Rom. Mereka diingati

khususnya kerana cadangan mereka bagi reformasi

tanah. Kadang-kadang kedua-dua mereka ini digelar

Gracci .

UMUM 
PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA

Persatuan Badminton Malaysia (Badminton

Association of Malaysia-BAM) ialah salah satu

persatuan sukan yang terulung di Malaysia.

Persatuan ini mula bergerak aktif sebelum Perang

Dunia I. BAM ditubuhkan secara rasmi pada 11

November 1934 atas cadangan J.F. Jerlin, bapa

kepada dua pemain pasukan Piala Uber Amerika

yang melawat Malaya antara tahun 1929 dan tahun

1931.

UMUM 
KONGRES KEBANGSAAN MELAYU

KONGRES KEBANGSAAN MELAYU, kongres yang dianjurkan oleh orang Melayu menentang  cadangan Perlembagaan merdeka yang dikemukakan oleh Perikatan dan suruhanjaya Reid. Kongres ini diadakan pada 4 Mei 1957. Suruhanjaya Reid yang dibentuk oleh British untuk merangka Perlembagaan Merdeka Tanah Melayu pada tahun 1956 menggunakan cadangan  perlembagaan Perikatan. Perikatan dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas