Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.da.ngan] | چادڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak me­lambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.da.ngan] | چادڠن

Definisi : 1 sesuatu atau apa-apa yg dicadangkan; anjuran; usul: ~nya telah ditolak oleh jawatankuasa pusat. 2 sesuatu yg disediakan utk digunakan apabila perlu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cadangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
farmstead planningperancangan pusat ladangKejuruteraanTiadaCadangan-cadangan yang akan dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah pusat ladang.
development proposal reportlaporan cadangan pernajuan (LCP)Perancangan dan Pembangunan BandarTiadaDokumen perancangan yang mengandungi keterangan tentang keadaan fizikal semasa dan cadangan-cadangan terhadap sesuatu kawasan yang hendak dimajukan. Dokumen ini merupakan satu keperluan yang digunakan untuk memohon kebenaran merancang.
paperkertas; kertas kerjaPentadbiran PerniagaanTiada1. Kertas: Bahan tipis yang dibuat daripada kayu dan lain-lain untuk menulis, mencetak dan sebagainya atau dijadikan pembungkus.,2. Kertas Kerja: Rencana bertulis yang mengandung perbincangan tentang sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu di bentangkan untuk perbahasan lanjut.
preliminary proposalsyor awalKomunikasiKorporatKertas cadangan yang mengandungi maklumat ringkas dan lengkap mengenai sesuatu cadangan penerbitan. Kertas ini akan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab yang menerbitkan bahan penerbitan seperti iklan, pengumuman khidmat awam, dan video korporat. Tujuan penyediaan cadangan awal adalah untuk mendapatkan persetujuan menerbitkan sesuatu bahan penerbitan. Antara kandungan utamanya termasuklah konsep dan idea skrip, sinopsis, serta tujuan dan matlamat penerbitan. Selain itu, kertas cadangan juga mengandungi olahan skrip dan penyataan yang berkaitan dengan jangkaan kos penerbitan. Kepentingan kertas ini adalah untuk membantu penerbit membuat keputusan dan perancangan awal mengenai sesuatu projek penerbitan. Kertas ini juga boleh berfungsi sebagai dokumen penjelasan kepada penerbit untuk mendapatkan pembiayaan daripada agensi kewangan atau orang perseorangan.
comprehensive layoutreka letak lengkapKomunikasiKorporatCadangan reka letak iklan bercetak yang disediakan secara menyeluruh. Cadangan reka letak ini dibuat dalam bentuk sebenar dari segi saiz, warna, kedudukan motif, dan mesej. Penghasilan reka letak lengkap iklan adalah secara bercetak, sama ada menggunakan kemudahan komputer atau kaedah lain. Tujuan penyediaan cadangan reka letak lengkap adalah untuk memudahkan pihak perancangan strategi pengiklanan membuat keputusan, sama ada menerima atau menolak rekaan tersebut, memudahkan semakan dibuat oleh pelanggan agensi pengiklanan sebelum memberikan persetujuan akhir dan sebagai alat untuk menguji keberkesanan iklan sebelum penerbitan dan pengedaran seterusnya dilakukan.
complimentary proposalcadangan pelengkapPentadbiranTiadaCadangan projek yang saling melengkapi antara satu organisasi.
substitute porposalcadangan bertindihPentadbiranTiadaCadangan dua projek yang mempunyai aliran tunai yang kurang sekiranya projek tersebut dilaksanakan serentak berbanding dengan aliran tunai sekiranya dilaksanakan berasingan.
alternative proposalcadangan alternatifSosiologiTiadaCadangan perancangan yang dihasilkan sebagai pilihan kepada perancangan yang sedia ada.
intended usekegunaan cadanganHerbaPeraturan dan PemasaranCadangan penggunaan yang disyorkan bagi suatu produk.
alternative proposalcadangan alternatifPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaCadangan perancangan yang dihasilkan sebagai pilihan kepada perancangan yang sedia ada.
12345678910...

Kembali ke atas