Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.dar] | چادر

Definisi : 1. kain penutup kepala atau muka perempuan; 2. = kain ~ kain penutup tilam; memasang (membentangkan) ~ menutup tilam dgn cadar; bercadar memakai cadar, bertutup atau berpasang dgn cadar: tilam itu belum ~; bercadarkan mempunyai sesuatu sbg cadar: ~ kain batik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.dar] | چادر

Definisi : , = kain ~ kain penutup tilam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cadar

Puisi
 

Kalau tuan melancar pucuk,
     Pucuk pakis timbul tenggelam;
Dinihari ayam berkokok,
     Tinggal cadar di atas tilam.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya memerlukan khidmat tuan/puan untuk mencari perkataan di dalam bahasa melayu yang sesuai bagi item ini. "Travel Disposable Bedding Set" Barang ini adalah cadar + sarung bantal yang dipakai buang dan sesuai untuk travel kemana-mana. terima kasih. ~AthirahCadangan padanan bahasa Melayu bagi "Travel Disposable Bedding Set" ialah "Set Cadar Kembara Pakai Buang".Penyemakan dan penterjemahan21.07.2023
Adakah ayat-ayat berikut merupakan ayat majmuk pancangan? 1. Nenek Sandra menjahit cadar daripada perca kain. 2. Nenek Sandra memperoleh pendapatan daripada jualan itu. 3. Apabila pulang ke kampung, Helmi suka melihat datuknya bekerja. 4. Ali menghiris bawang dengan menggunakan pisau. Kalau ayat-ayat di atas bukan ayat majmuk, mohon penjelasan tentang golongan kata bagi perkataan "daripada", "apabila" dan "dengan". Terima kasih.

Ayat (3) “Apabila pulang ke kampung, Helmi suka melihat datuknya bekerja.” dan  (4) “Ali menghiris bawang dengan menggunakan pisau.”  ialah ayat majmuk pancangan. Kata “Daripada” ialah kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa sendi nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad. “Apabila” ialah kata hubung pancangan keterangan, menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama dan “dengan” pula kata hubung keterangan cara yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.


Tatabahasa12.10.2021

Kembali ke atas