Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.dar] | چادر

Definisi : 1. kain penutup kepala atau muka perempuan; 2. = kain ~ kain penutup tilam; memasang (membentangkan) ~ menutup tilam dgn cadar; bercadar memakai cadar, bertutup atau berpasang dgn cadar: tilam itu belum ~; bercadarkan mempunyai sesuatu sbg cadar: ~ kain batik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.dar] | چادر

Definisi : , = kain ~ kain penutup tilam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cadar

Puisi
 

Kalau tuan melancar pucuk,
     Pucuk pakis timbul tenggelam;
Dinihari ayam berkokok,
     Tinggal cadar di atas tilam.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAPAS

Kapas ialah serat tumbuhan yang paling meluas

digunakan. Serat kapas ditenun menjadi fabrik

yang lembut, kuat, mudah menyerap untuk

membuat pakaian, cadar, permaidani, alas meja,

dan benda-benda lain.

UMUM 
TAFETA

Tafeta adalah sejenis kain licin dan agak keras

yang diperbuat daripada rayon, nilon atau sutera.

Nama tafeta berasal daripada perkataan Parsi iaitu

taftah yang bermakna dipintal atau ditenun . Tafeta

mempunyai tenunan yang ringkas dan rapat. Ia

dijual dalam bidang yang lebar untuk dibuat

pakaian, cadar dan langsir, dan bidang yang kecil

untuk membuat reben.

UMUM 
MUSLIN

Muslin ialah kain putih atau kain tak luntur yang

ditenun rapat-rapat dibuat daripada yarn kapas

berkord. Ia dinamakan sempena nama bandar

Mosul di Iraq, tempat kain ini mula-mula dibuat.

Orang British menamakan fakrik kapas halus

sebagai muslin. Di Amerika Syarikat, muslin

bermakna kain kukuh untuk kegunaan harian. Kain

muslin yang lebar dinamakan sebagai kain cadar.

UMUM 

Kembali ke atas