Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cai.ran] | چاءيرن

Definisi : sesuatu benda yg sudah dicairkan, enceran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cai.ran] | چاءيرن

Definisi : sesuatu yg cair; cecair. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cairan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
meltwatercairan glasier; cairan saljiGeografiTiadaAir yang berasal daripada salji atau ais yang melebur dan mengalir di permukaan, di dalam atau di dasar ais. (
meltwatercairan glasier; cairan saljiGeologiTiadaAir yang berasal daripada salji atau ais yang melebur dan mengalir di permukaan, di dalam atau di dasar ais. (
meltwatercairan glasier; cairan saljiPertanianTiadaTiada
meltwatercairan glasier; cairan saljiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
rumen fluidcairan rumenVeterinarTiadaCairan yang terdapat dalam rumen yang mengandungi bakteria, protozoa dan sedikit kulat. Cairan ini berasal daripada air liur dan berfungsi sebagai penampan untuk mengekalkan pH dalam lingkungan 5.5 hingga 6.5. Antara bahan yang terdapat dalam cairan ini ialah asid lemak meruap, natrium bikarbonat, urea dan garam fosfat.
slurrybuburanVeterinarTiadaCampuran cairan air kencing bersama tinja, air basuhan serta air hujan yang dibuang dari kandang ternakan. Cairan ini disalirkan ke dalam satu siri kolam pengoksidaan untuk dirawat supaya air tersebut menjadi bersih dan tidak mencemarkan persekitaran. Gas metana, hidrogen sulfida, ammonia dan karbon dioksida sering dibebaskan hasil tindakan bakteria pada cairan tersebut. Kaedah rawatan yang dilakukan adalah secara pencernaan aerobik. Pada masa kini, terdapat juga bakteria terpilih yang digunakan untuk merawat cairan tersebut yang dapat mempercepatkan pencernaan dan mengurangkan bau busuk.
sputum samplesampel kahakKesihatan AwamTiadaCairan pekat yang dikeluarkan daripada saluran pernafasan semasa batuk, yang digunakan sebagai bahan uji untuk mengesan virus penyebab penyakit. Cairan pekat bukan air liur ini biasanya dikumpulkan pada waktu pagi dan kadangkala tiga sampel perlu dikumpulkan secara berturut-turut bergantung pada jenis jangkitan.
cold dippencelupan sejukKejuruteraanPetroleumPerendaman teras ke dalam cairan plastik khas dengan tujuan untuk menyalutkan permukaan luar teras tersebut dengan lapisan plastik supaya teras tidak mudah menjadi rosak. Cairan yang dipakai tidak perlu dipanaskan terlebih dahulu seperti dalam proses pencelupan dengan memakai gel teras.
core dippencelupan terasKejuruteraanPetroleumSinonim : penyalutan plastik Kerja merendamkan teras ke dalam sejenis cairan plastik khas yang dileburkan. Proses ini adalah satu daripada kaedah pengawertan teras. Apabila cairan plastik yang lehur itu membeku, ia wujud sebagai satu lapisan yang tak telap, menyaluti teras tersebut untuk mengelak daripada berlakunya penyerpihan teras, di samping menahan berlakunya tirisan bendalir keluar dari teras. Rujuk : gel teras; pencelupan sejuk.
parathyroid hormonehormon paratiroidVeterinarTiadaHormon yang dirembeskan oleh kelenjar paratiroid. Hormon ini mengawal kepekatan kalsium dalam cairan ekstrasel, yang juga ditentukan oleh pergerakan kalsium dari tulang ke cairan ekstrasel dan sebaliknya. Pada bahagian ginjal, hormon ini berfungsi meningkatkan penyingkiran fosforus dan mengurangkan penyingkiran kalsium melalui penyerapan semula. Pada bahagian usus kecil, hormon ini berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium, fosforus dan magnesium. Kekurangan hormon ini boleh menyebabkan otot bergetar dan dalam situasi yang serius boleh menyebabkan keadaan konvusi pada ternakan.
12345678910...

Kembali ke atas