Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.kap] | چاکڤ

Definisi : bicara, kata, kecek, tutur; ~ angin cakap yg tidak ada isi atau tidak betul (omong kosong); ~ mulut bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari (tidak dlm tulisan); ~ berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yg dilakukan; dengar ~ enggang, makan buah beluluk, dengar ~ orang, terjun masuk lubuk prb sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dgn betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya; mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih ~ di mata-mata sahaja prb memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kpd orang yg tiada tentu; bercakap 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; bercakap-cakap 1. berbual-bual, beromong­omong; 2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu: terpulanglah kpd sarjana-sarjana di Malaysia sendiri utk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja; mencakapi ark mengajak berkata (dgn), menegur, menyapa; mencakapkan, mempercakapkan 1. mem­bicarakan, memperkatakan: O, itukah yg hendak dicakapkan tadi!; apa yg dipercakapkan oleh orang dua beranak ini? 2. menceritakan, memberitahukan, mengkha­barkan: kalau Idah cakapkan pd Kak Inah boleh, tapi takkan Kak Inah boleh buat apa-apa; 3. mengucapkan, menyebutkan, meng­gunakan bahasa: bahasa Melayu dicakapkan di Malaysia dan di Indonesia oleh lebih drpd 100 juta manusia; percakapan, cakapan 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perunding­an: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.kap] | چاکڤ

Definisi : 1. Id sanggup, boleh, mampu, dapat (membuat sesuatu), dapat dan pandai melaku­kan sesuatu, cekap; 2. elok, cantik, rupawan; 3. Mn tangkas, lekas, pantas, cekap; bercakap sl sanggup, berani (mengerjakan sesuatu): maka Sultan Mansur Shah pun memberi titah menyuruh menaiki Hang Kasturi, seorang pun tiada ~; mempercakap, mempercakapkan Id men­jadikan cakap (mahir, dapat, mampu) utk melakukan sesuatu, mempercekap; kecakapan 1. kesanggupan, kemampuan, kecekapan; 2. Id kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. Mn kepantasan mem­buat (mengerjakan) sesuatu, ketangkasan, kepantasan, kecekapan; ®cekap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.kap] | چاکڤ

Definisi : I apa-apa yg diucapkan; tutur; kata. ~ ajuk cakap spt yg dituturkan oleh penutur asalnya. ~ angin cakap yg tidak ada isi dan tidak berfaedah; omong kosong. ~ besar cakap yg membesar-besarkan diri sendiri. ~ mulut bahasa yg digunakan dlm perbualan sehari-hari. ~ pindah cakap yg sudah diubah bentuknya menjadi laporan. bercakap 1 menuturkan kata-kata; berkata: Ia memang pandai ~. 2 menggunakan sesuatu bahasa ketika bertutur; berbahasa: Ia pandai ~ Arab. bercakap-cakap berbual-bual; beromong-omong: Ia sedang ~ dgn kawannya semasa saya tiba. mempercakapkan 1 bercakap(-cakap) ttg sesuatu; memperkatakan: Tidak sesiapa pun yg dibenarkan ~ hal-hal itu di khalayak ramai. 2 menggunakan sesuatu bahasa utk melahirkan atau utk menyatakan sesuatu; menuturkan sesuatu: Bahasa Melayu dipercakapkan oleh lebih drpd 100 juta manusia. percakapan 1 perbuatan atau hal bercakap; perbualan: ~ dan tingkah lakunya sopan dan tertib sekali. 2 apa-apa yg dipercakapkan: ~ mereka melarat dr satu perkara ke satu perkara hingga larut malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ca.kap] | چاکڤ

Definisi : , = bercakap sanggup dan dpt melakukan atau membuat sesuatu: Siapakah antara kamu yg ~ menangkap pencuri itu? mencakapkan membuat supaya cakap (mahir) melakukan sesuatu. kecakapan 1 kesanggupan atau kemampuan melakukan sesuatu. 2 kepandaian atau kepintaran berbuat sesuatu pekerjaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakap

Puisi
 

Saya tak cakap katakan upih,
     Kerana seludang jatuh melintang;
Saya tak cakap kata boleh,
     Kerana saya dalam tangan orang.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Dengar cakap enggang,
     makan buah beluluk;
dengar cakap orang,
     terjun masuk lubuk.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
attenuation crosstalk ratio (ACR)nisbah silang cakap atenuasi (ACR)Teknologi MaklumatTiadaPerbezaan antara silang cakap dengan atenuasi yang diukur dalam desibel. Nisbah ini adalah antara faktor yang memerihalkan pengehadan jarak isyarat yang bergerak melalui sesuatu medium. Lihat atenuasi, cakap silang.
NEXT (near end crosstalk)NEXT (cakap silang hujungan)Teknologi MaklumatTiadaSejenis cakap silang yang berlaku apabila isyarat yang dihantar melalui sepasang wayar disuap balik kepada pasangan wayar lain.
crosstalkcakap silangKejuruteraanTiadaKeadaan yang tidak diingini apabila isyarat perutusan dari suatu saluran masuk ke saluran lain yang bersebelahan dari segi fizikal.
bradylogiacakap lembamPsikologiTiadaTiada
talkcakapTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan dalam rangkaian yang membenarkan pengguna berbual dengan pengguna lain dengan menaip pada komputer dalam masa nyata.
crosstalkcakap silangTeknologi MaklumatTiadaKeadaan bila isyarat atau bunyi yang tidak sepatutnya kedengaran di dalam telefon atau alat komunikasi. Keadaan ini disebabkan oleh penggandingan konduktif, induktif atau kapasitans yang tidak diingini dari satu litar ke litar yang lain atau saluran ke saluran yang lain. Contohnya apabila kedengaran perbualan antara dua orang asing dalam talian telefon kita yang kedua-duanya tidak didail.
crosstalkcakap silangPerkakas elektrik domestikTiadaGangguan suara atau data dari saluran bersebelahan, contohnya di dalam perhubungan telefon.
cross talkcakap silangKejuruteraanTiadaPenjelmaan isyarat sesuatu litar pada suatu litar yang lain, menyebabkan gangguan.
indirect speechcakap pindahLinguistikTiadaTiada
reported speechcakap pindahLinguistikTiadaTiada
1234

Kembali ke atas