Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata-kata atau bicara yg mem­besar-besarkan diri sendiri; bercakap besar suka mengeluarkan kata­-kata atau bicara yg membesar-besarkan diri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cakap yg membesar-besarkan diri sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakap besar

Peribahasa

Sedikit hujan banyak yang basah.

Bermaksud :

Kecelakaan kecil membawa akibat yang besar; pengetahuan sedikit tetapi cakap besar.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan"

Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut:

melonjak:  1. melompat ke atas (dgn kedua­dua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa ke­kasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-­tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa12.10.2019
Assalamualaikum. Apakah (i) ungkapan yang betul, dan (ii) maksud: "terlebih sudu daripada kuah"? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah: Lebih sudu daripada kuah.

Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan.

Ada juga peribahasa lain yang seakan-akan sama, iaitu: Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu.  Maksudnya: Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih.
Makna17.04.2014
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH.

Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris,  cth. menangguhkan penyelenggaraan pro-

                                                   jek; iii.  memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar.

Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. 

Tatabahasa07.03.2009
Panduan penggunaan huruf besar bagi kata nama khas yang tekiniHuruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa21.04.2014
saya ingin tahu tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayat.Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa24.03.2013
Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayatHuruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa24.03.2013
Saya ingin mendapatkan panduan untuk bertanya tentang penggunaan huruf besar di tempat sesuai di dalam ayat.Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebaginya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa24.03.2013
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'huruf besar' (capitalization) bagi perkataan yang diambil daripada Bahasa Arab. Bagi perkataan-perkataan berikut, adakah boleh sekiranya huruf besar digunakan di setiap permulaan kata, sebagaimana yang dituliskan di bawah ini? - Tanah Haram - Miqat - Tawaf - Ihram Harap dapat memberikan penjelasan. Terima kasih.Perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja mengikut sistem bahasa asalnya, kecuali yang telah diterima sebagai kata umum.
    Oleh itu, penggunaan huruf besar bagi perkataan Arab hanya digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama tempat, nama orang, nama institusi Dan sebagainya. Ia juga boleh ditulis dengan huruf besar apabila berada pada permulaan kata dipangkal ayat, pada permulaan kata cakap ajuk, Dan pada permulaan baris-baris puisi iaitu sama seperti sistem dalam bahasa Melayu. 
Contoh:
Tanah Haram - ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kerana menunjukkan nama tempat.
Miqat - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat.
Tawaf - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat.
Ihram - tak perlu huruf besar sekiranya berada di tengah ayat.
Lain-lain18.02.2008
Salam, Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan huruf besar atau kecil selepas tanda soal dalam dialog. Saya cuba mendapatkan penjelasan dalan khidmat nasihat prpm tetapi terdapat dua jawapan yang berbeza. Ada jawapan huruf besar, ada jawapan huruf kecil. Jadi, yang mana satukah jawapan sebenarnya? Cthnya, "Siapakah nama awak?" tanya Ara. T bagi tanya itu huruf besar atau kecil. Dan jika ada rujukan dalam Tatabahasa Dewan atau lain-lain buku, bhgn manakah boleh saya rujuk?

Berdasarkan contoh ayat "Siapakah nama awak?" tanya Ara. Penulisan cakap ajuk dimulai dengan tanda petik pembuka kata dan diakhiri dengan penutup kata (“…“), maka  perkataan "tanya" selepas tanda petik ditulis dengan huruf kecil. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 77.  

Ejaan12.08.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar atau kecil selepas tanda soal dan penutup kata. Contoh : "Kenapa awak menunggu saya di sini?" Tanya Siti. Perkataan 'Tanya' tersebut sepatutnya 'Tanya' atau 'tanya'? Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam.

Sebelum ini puan ada bertanyakan soalan tanda seru dalam kata petik.  Sama juga kesnya, untuk contoh cakap ajuk ini:  "Kenapa awak menunggu saya di sini?" Tanya Siti.  Huruf "T" untuk perkataan "Tanya" sepatutnya huruf kecil.  Yang betul ialah: "Kenapa awak mengunggu saya di sini?" tanya Siti.
Lain-lain13.12.2014
12

Kembali ke atas