Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.kar] | چاکر

Definisi : 1. kuku yg panjang, runcing, dan me­lengkung (pd burung, ayam, harimau, kucing, dll): anjing mempunyai ~ tetapi lembu tidak, melainkan kuku; 2. garis bekas kena kuku, kesan kena garu; 3. = pencakar; ~ ayam a) tulisan tangan yg amat buruk; b) sj kuih yg dibuat drpd ubi kayu atau keledek yg diracik; ~-balar garis-garis atau cakar-cakar yg banyak dan tidak menentu (calar-balar); ~ besi a) sepit besi utk memegang besi yg dibakar dll; b) pencakar yg dibuat drpd besi; bercakar, bercakaran, bercakar-cakaran 1. (bkn binatang) berkelahi dgn menggunakan cakar; 2. ki berkelahi, bertengkar: kita sering ~ sesama sendiri; mencakar 1. menggaru (dgn cakar); 2. ark mengais, mencari makan (bkn ayam dll); percakaran perihal bercakar (bercakaran, bercakar-cakaran); pencakar 1. penggaru, kukur; 2. alat utk menarik (mengumpulkan) sampah dll; ~ awan = ~ langit bangunan yg bertingkat­-tingkat dan tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.kar] | چاکر

Definisi : ; ~ bebek = ~ itik sj tumbuhan (herba), tapak itik, Acanthus ebracteatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.kar] | چاکر

Definisi : 1 kuku yg panjang-panjang lagi tajam (spt yg terdapat pd ayam, kucing dll). 2 bekas kena kuku atau kena garu. 3 = pencakar alat yg diberi berkuku serta bergandar dan digunakan utk mengumpulkan sampah dll. ~ ayam a. tulisan tangan yg amat buruk. b. kuih yg berlingkar-lingkar dibuat drpd ubi kayu, keledek dll. ~-balar garis-garis yg banyak dan tidak menentu. ~ besi pencakar yg dibuat drpd besi. bercakar-cakaran 1 berkelahi dgn menggunakan cakar (bkn binatang); saling menggaru dgn cakar. 2 ki berkelahi; bergaduh. mencakar 1 menggaru dgn cakar; melukakan dgn cakar: Ku­cing ~, anjing menggigit. 2 mengais dgn cakar (ttg ayam dll). pencakar alat utk mengumpulkan sampah; cakar. ~ langit bangunan yg tinggi-tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakar


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kuku cakarclawsStruktur tajam, keras dan runcing pada hujung kaki haiwan untuk membantunya mencengkam mangsa atau menyiat daging. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas