Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ke.ra] | چکرا

Definisi : 1. = cakeram sl roda; 2. = cakeram senjata yg bulat pipih dan tajam tepinya: selapis panah dan selapis dadap dan selapis ~; 3. besi yg pipih bulat yg dilemparkan dlm pertandingan sukan; 4. (Komp) sj peranti drpd kepingan bersalut magnet yg digunakan utk menyimpan data dan atur cara komputer; ~ keras (Komp) sj cakera yg dapat menyim­pan banyak data; ~ liut (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; ~ optik (Komp) sj cakera yg menggunakan tek­nologi laser utk merakamkan data pd cakera; ~ padat (Komp) sj cakera magnetik yg mem­punyai ketumpatan perakaman yg tinggi, dgn storan yg lebih besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ke.ra] | چکرا

Definisi : 1 roda: ~ putar. 2 besi pipih bulat yg dilemparkan dlm sj pertan­ding­an sukan: lempar ~. 3 senjata yg bu­lat pipih dan tajam tepinya. 4 ist alat yg diguna­kan sbg tempat menyimpan data dan atur cara komputer. ~ keras ist alat yg dibuat drpd bahan tegap yg dpt menyimpan data komputer yg banyak. ~ liut ist alat berbentuk empat segi, ringan dan mudah dibawa, yg biasanya dpt menyimpan data komputer dlm kuantiti yg kecil; disket. ~ luaran ist unit cakera yg berada di luar unit sistem komputer. ~ optik ist alat yg meng­guna­kan teknologi laser utk merakamkan data komputer pd cakera. ~ padat alat berbentuk bulat, leper dan nipis yg mempunyai ketumpatan perakaman data komputer yg tinggi. ~ suria sistem yg terdiri drpd matahari, planet-planet (Marikh, Zuhrah, Bumi, Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto), komet dll dan planet tsb ber­edar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakera


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Cakera padat: suatu revolusi media penyampai maklumatArshad RawianDewan Siswa1 September 1987
Cakera miniN. Z. AbidinDewan Siswa1 October 1991
Cakera padat pelbagai fungsiN. Z. AbidinDewan Siswa1 March 1991
Cakera padat bacaan al-QuranTiadaDewan Siswa1 July 1996
Pemberontakan CakeraKamarunzaman A. RahmanDewan Pelajar1 December 1978
Video cakera digitalTiadaDewan Siswa1 July 1998
Lima cakera satu masaN. Z. AbidinDewan Siswa1 November 1992
Pemain cakera ajaibN. Z. AbidinDewan Siswa1 December 1991
Pemain cakera padat terkecilTiadaDewan Siswa1 September 1996
Majlis Pelancaran Cakera Padat Tatabahasa Bahasa Melayu DigitalTiadaBerita Jiwa1 September 2002
12

Kembali ke atas