Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ke.ra] | چکرا

Definisi : 1. = cakeram sl roda; 2. = cakeram senjata yg bulat pipih dan tajam tepinya: selapis panah dan selapis dadap dan selapis ~; 3. besi yg pipih bulat yg dilemparkan dlm pertandingan sukan; 4. (Komp) sj peranti drpd kepingan bersalut magnet yg digunakan utk menyimpan data dan atur cara komputer; ~ keras (Komp) sj cakera yg dapat menyim­pan banyak data; ~ liut (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; ~ optik (Komp) sj cakera yg menggunakan tek­nologi laser utk merakamkan data pd cakera; ~ padat (Komp) sj cakera magnetik yg mem­punyai ketumpatan perakaman yg tinggi, dgn storan yg lebih besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ke.ra] | چکرا

Definisi : 1 roda: ~ putar. 2 besi pipih bulat yg dilemparkan dlm sj pertan­ding­an sukan: lempar ~. 3 senjata yg bu­lat pipih dan tajam tepinya. 4 ist alat yg diguna­kan sbg tempat menyimpan data dan atur cara komputer. ~ keras ist alat yg dibuat drpd bahan tegap yg dpt menyimpan data komputer yg banyak. ~ liut ist alat berbentuk empat segi, ringan dan mudah dibawa, yg biasanya dpt menyimpan data komputer dlm kuantiti yg kecil; disket. ~ luaran ist unit cakera yg berada di luar unit sistem komputer. ~ optik ist alat yg meng­guna­kan teknologi laser utk merakamkan data komputer pd cakera. ~ padat alat berbentuk bulat, leper dan nipis yg mempunyai ketumpatan perakaman data komputer yg tinggi. ~ suria sistem yg terdiri drpd matahari, planet-planet (Marikh, Zuhrah, Bumi, Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto), komet dll dan planet tsb ber­edar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya mendapatkan terjemahan bagi "extrusion apparatus" dan juga "anchoring disc"? (digunakan untuk menerangkan struktur spora) Sebelum ini saya terjemahkan kepada radas penerobosan dan cakera berlabuh.Cadangan terjemahan kami, extrusion apparatus - radas penerobosan, manakala anchoring disc - cakera penambat.Penyemakan dan penterjemahan02.01.2016
1) APAKAH MAKSUD DVD DALAM BAHASA MALAYSIA DAN TAFSIRANNYA? 2) APAKAH MAKSUD VCD DALAM BAHASA MALAYSIA DAN TAFSIRANNYA? DVD ialah digital video disc atau cakera video digital. Manakala VCD pula ialah video compact disc ataupun cakera padat video. T.kasih.Makna26.09.2008
Adakah penulisan lirik lagu untuk lampiran kertas cakera padat atau kaset rakaman album perlu disemak dan diluluskan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka sebelum dikeluarkan secara rasmi? Jika ya, apakah caranya atau bentuk dokumen yang diperlukan? Terima Kasih.Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat. Oleh itu, lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat.Lain-lain13.04.2012
CDRI (COMPACT DISK RECORDABLE INTERACTIVE)CDRI (CAKERA PADAT BOLEH RAKAM SEMULA INTERAKTIF)Istilah26.11.2010
(1) Yoyo Cina perlu dimainkan dengan betul. (2) Cakera yang diimbangkan akan berpusing di atas tali semasa pemain menggerakkan kayu. Kedua-dua ayat di atas merupakan ayat tunggal atau ayat majmuk? Mengapa? Terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan merupakan ayat majmuk. Ayat pertama merupakan ayat majmuk keterangan cara iaitu penggunaan perkataan "dengan". Manakala ayat kedua pula ialah ayat majmuk keterangan waktu iaitu penggunaan perkataan 'semasa". Sila rujuk buku tatabahasa Dewan muka surat 516 untuk lebih lanjut.Tatabahasa13.06.2013
Terjemahan penyakit tulang belakang 'collapsed disc'Kami mencadangkan perkataan collapsed disc diterjemahkan kepada cakera tulang teranjak.Istilah14.11.2014
Adakah pihak DBP menyediakan kamus dewan elektronik?Jika ya,bagaimana untuk dapatkannya?Untuk makluman tuan, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TnT. Tuan boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388.Lain-lain30.01.2008
apakah maksud DIREKTORI?

Saudara,

Perkataan direktori bermaksud i.  fail yg mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yg terkandung di dlm cakera.  ii.  panduan: telephone ~, panduan telefon.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan.

Makna19.12.2009
bagaimanakah hendak menyemak teks bahasa melayu? apakah perisian yang diperlukan

Untuk makluman puan, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Puan boleh membeli Dewan Eja pro ini di Kedai Buku DBP, Menara DBP  atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388.

Lain-lain01.02.2019
Apakah terjemahan bagi istilah 'reducing washer'? (kategori:kejuruteraan)Di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami masih tidak ada istilah ini. Jika mengikut konsep dari bidang kejuruteraan washer bermaksud  sesendal iaitu sejenis gelang nipis, rata atau cakera berlubang yang diperbuat daripada logam, kulit dan getah. Sesendal digunakan dalam kerja penyambungan atau pemasangan untuk memastikan keketatan. Manakala reducing pula lebih sesuai dengan maksud penurunan mengikut konsep daripada bidang kejuruteraan ini. Cadangan yang sesuai daripada pihak kami bagi istilah 'reducing washer ialah sesendal penurunan mengikut kesesuaian dengan konteks yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
12345

Kembali ke atas