Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ke.ra] | چکرا

Definisi : 1. = cakeram sl roda; 2. = cakeram senjata yg bulat pipih dan tajam tepinya: selapis panah dan selapis dadap dan selapis ~; 3. besi yg pipih bulat yg dilemparkan dlm pertandingan sukan; 4. (Komp) sj peranti drpd kepingan bersalut magnet yg digunakan utk menyimpan data dan atur cara komputer; ~ keras (Komp) sj cakera yg dapat menyim­pan banyak data; ~ liut (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; ~ optik (Komp) sj cakera yg menggunakan tek­nologi laser utk merakamkan data pd cakera; ~ padat (Komp) sj cakera magnetik yg mem­punyai ketumpatan perakaman yg tinggi, dgn storan yg lebih besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ke.ra] | چکرا

Definisi : 1 roda: ~ putar. 2 besi pipih bulat yg dilemparkan dlm sj pertan­ding­an sukan: lempar ~. 3 senjata yg bu­lat pipih dan tajam tepinya. 4 ist alat yg diguna­kan sbg tempat menyimpan data dan atur cara komputer. ~ keras ist alat yg dibuat drpd bahan tegap yg dpt menyimpan data komputer yg banyak. ~ liut ist alat berbentuk empat segi, ringan dan mudah dibawa, yg biasanya dpt menyimpan data komputer dlm kuantiti yg kecil; disket. ~ luaran ist unit cakera yg berada di luar unit sistem komputer. ~ optik ist alat yg meng­guna­kan teknologi laser utk merakamkan data komputer pd cakera. ~ padat alat berbentuk bulat, leper dan nipis yg mempunyai ketumpatan perakaman data komputer yg tinggi. ~ suria sistem yg terdiri drpd matahari, planet-planet (Marikh, Zuhrah, Bumi, Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto), komet dll dan planet tsb ber­edar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakera


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cakera RAM(RAM disk)Storan ingatan utama bersaiz cakera liut yang dikhaskan untuk bertindak sebagai cakera liut. Cakera RAM diwujudkan untuk mempercepat masa pemprosesan kerana masa capaian ingatan capaian rawak (RAM) ingatan utama lebih pantas daripada masa capaian cakera liut sebenar. Cakera jenis ini biasanya diwujudkan pada permulaan penggunaan dan kandungannya kemudian disalinkan ke dalam cakera liut sebenar pada akhir penggunaan.Kamus Komputer
tudung cakera(disk cover)1. Penutup pada pek cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. 2. Penutup pada bekas cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain.Kamus Komputer
pacuan CLV(CLV drive)Kaedah pemacuan yang membenarkan lebih banyak data disimpan dalam cakera, seperti cakera CD-ROM dan cakera WORM, dengan menggunakan kaedah rakaman halaju linear tetap. Mengikut kaedah ini data disusun dalam jejak tunggal yang berpilin dari pusat cakera menuju ke tepi piring cakera.Kamus Komputer
pak cakera(disk pack)Cakera keras boleh ubah yang terdiri daripada piring cakera yang terpasang pada sebuah aci. Keseluruhan unit pak cakera perlu dimuatkan ke dalam unit cakera supaya dapat digunakan.Kamus Komputer
jaket cakera(disk jacket)Sampul kertas atau plastik perlindungan yang digunakan untuk membalut cakera. Jaket ini tidak pernah dibuka dan turut dimasukkan ke dalam pemacu cakera bersama cakera. Tingkap kecil pada jaket membolehkan kepala baca/tulis pemacu membaca data pada cakera.Kamus Komputer
penduaan cakera(disk duplication)Proses menyalin keseluruhan kandungan sesuatu cakera kepada cakera lain.Kamus Komputer
pendua cakera(disk duplicator)Alat yang digunakan untuk menyalin keseluruhan kandungan cakera kepada cakera lain.Kamus Komputer
cakera keras(hard disk)Peranti yang dibuat daripada bahan tegap berbentuk piring yang dilapisi bahan magnet, diatur bertindan-tindan untuk membentuk silinder cakera, dan boleh menyimpan data pukal yang banyak. Cakera keras terdapat dalam bentuk cakera keras tetap dan cakera keras boleh pindah atau pek cakera.Kamus Komputer
tersektor keras(hard-sectored)Sifat cakera keras atau cakera liut yang dibahagi-bahagikan kepada sektor kekal semasa dikilangkan. Pensektoran cakera tersebut dilaksanakan dengan menggunakan lubang-lubang penanda pada permukaan cakera.Kamus Komputer
unit cakera magnet(magnetic disk unit)Peranti persisian komputer yang berfungsi menyimpan data dalam cakera keras atau cakera liut. Singkatan MDU. Sinonim unit cakera.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas