Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ke.ra] | چکرا

Definisi : 1. = cakeram sl roda; 2. = cakeram senjata yg bulat pipih dan tajam tepinya: selapis panah dan selapis dadap dan selapis ~; 3. besi yg pipih bulat yg dilemparkan dlm pertandingan sukan; 4. (Komp) sj peranti drpd kepingan bersalut magnet yg digunakan utk menyimpan data dan atur cara komputer; ~ keras (Komp) sj cakera yg dapat menyim­pan banyak data; ~ liut (Komp) sj cakera magnetik yg ringan dan fleksibel utk menyimpan data, biasanya terdapat dlm saiz (garis pusat) 8 inci, 5.25 inci, dan 3.5 inci, disket; ~ optik (Komp) sj cakera yg menggunakan tek­nologi laser utk merakamkan data pd cakera; ~ padat (Komp) sj cakera magnetik yg mem­punyai ketumpatan perakaman yg tinggi, dgn storan yg lebih besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ke.ra] | چکرا

Definisi : 1 roda: ~ putar. 2 besi pipih bulat yg dilemparkan dlm sj pertan­ding­an sukan: lempar ~. 3 senjata yg bu­lat pipih dan tajam tepinya. 4 ist alat yg diguna­kan sbg tempat menyimpan data dan atur cara komputer. ~ keras ist alat yg dibuat drpd bahan tegap yg dpt menyimpan data komputer yg banyak. ~ liut ist alat berbentuk empat segi, ringan dan mudah dibawa, yg biasanya dpt menyimpan data komputer dlm kuantiti yg kecil; disket. ~ luaran ist unit cakera yg berada di luar unit sistem komputer. ~ optik ist alat yg meng­guna­kan teknologi laser utk merakamkan data komputer pd cakera. ~ padat alat berbentuk bulat, leper dan nipis yg mempunyai ketumpatan perakaman data komputer yg tinggi. ~ suria sistem yg terdiri drpd matahari, planet-planet (Marikh, Zuhrah, Bumi, Utarid, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, Pluto), komet dll dan planet tsb ber­edar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakera


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
external diskcakera luaranTeknologi MaklumatTiadaUnit cakera yang terdiri dari cakera, pemacu cakera dan kasingnya tidak dipasang pada dalam unit PC dan boleh dipindah. Keseluruhan kasing ini juga dirujuk sebagai pemacu cakera luaran. Cakera ini termasuk cakera liut, cakera keras, DVD dan CD-ROM. Cara sambungan ke PC atau kerangka utama sama seperti cakera keras luaran. Lihat cakera keras luaran.
magnetic diskcakera magnetikTeknologi MaklumatTiadaPeranti media storan yang digunakan untuk menyimpan data digital pada cakera yang dilapisi dengan bahan magnetik. Cakera keras dan cakera liut adalah contoh cakera magnetik. Lihat cakera liut, cakera optik dan cakera keras.
disccakera; piringTeknologi MaklumatTiada5. Cakera: Cakera yang disalut ferus oksida khusus untuk perhimpunan data.
disk covertudung cakeraKomputerTiada1. Penutup pada pek cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. 2. Penutup pada bekas cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain.
accessory disccakera aksesoriBiologiHistologi dan SitologiCakera atau gelang di kedua-dua belah cakera Z. cakera N.
laser diskcakera laserTeknologi MaklumatTiadaSejenis media storan sekunder digital optik. Cakera laser menggunakan teknologi laser untuk merakam dan membaca maklumat dalam bentuk jujukan linear seperti cakera optikal. Diameter cakera laser terdapat dalam ukuran diameter 12, 20 dan 30cm. Secara amnya cakera laser turut dikenali sebagai cakera video yang menggunakan sistem LaserVision yang dibangunkan oleh Philips. Media ini semakin kurang digunakan kerana penggunaan teknologi storan yang lebih maju seperti DVD. Lihat cakera optik dan cakera padat.
disk jacketjaket cakeraKomputerTiadaSampul kertas atau plastik perlindungan yang digunakan untuk membalut cakera. Jaket ini tidak pernah dibuka dan turut dimasukkan ke dalam pemacu cakera bersama cakera. Tingkap kecil pada jaket membolehkan kepala baca/tulis pemacu membaca data pada cakera.
hard diskcakera kerasTeknologi MaklumatTiadaMedia storan sekunder yang dapat merekod dan menyimpan data pukal (lebih daripada 60GB). Cakera keras diperbuat daripada bahan tegap seperti substrat aluminium yang bersalut bahan bermagnet yang sensitif dan diletakkan di dalam bekas kedap udara berserta mekanisme baca/tulis. Cakera keras biasanya merujuk kepada cakera keras tetap (dalaman). Masa capaian data cakera keras lebih pantas berbanding cakera liut kerana kepala yang membaca data terapung di permukaan cakera keras. Lihat cakera. Banding cakera liut dan cakera optik.
disk duplicationpenduaan cakeraKomputerTiadaProses menyalin keseluruhan kandungan sesuatu cakera kepada cakera lain.
disk copyingpenyalinan cakeraKomputerTiadaProses menyalin keseluruhan kandungan sesuatu cakera kepada cakera lain.
12345678910...

Kembali ke atas