Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ke.ra.wa.la] | چکراوالا

Definisi : 1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ke.ra.wa.la] | چکراوالا

Definisi : 1 langit atau lengkung langit. 2 seluruh bintang dan planet di langit termasuk bulan dan matahari. 3 peredaran bintang-bintang dll di langit. 4 kaki langit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakerawala


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah wujud ternatif kata untuk planet? jika ada adakah ia sesuai digunakan di sekolah? “Planet” ialah cakerawala seperti marikh, bumi yang beredar mengelilingi matahari. Perkataan ini boleh digunakan dalam penulisan.Tatabahasa19.02.2022
Saya Rukiah masila belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya tentang asal usul perkataan" cakarawala" apakah artinya. Terima kasihKata ‘cakerawala’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Makna22.09.2014
Saya Rukiah masila belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanya tentang asal usul perkataan" cakarawala" apakah artinya dan contoh dalam ayatEjaan yang betul ialah cakerawala, iaitu : 1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. Sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut.Makna22.09.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan bantuan cadangan terjemahan daripada pihak DBP untuk istilah "project stargate" ke dalam bahasa Melayu. Adakah sesuai jika saya menterjemahkannya menjadi "projek pagar angkasa" atau "projek pagar cakerawala"? Berikut saya lampirkan definisi bagi istilah "project stargate" sebagai rujukan pihak DBP: "Stargate Project was a secret U.S. Army unit established in 1978 at Fort Meade, Maryland, by the Defense Intelligence Agency (DIA) and SRI International (a California contractor) to investigate the potential for psychic phenomena in military and domestic intelligence applications."Padanan bahasa Melayu bagi istilah Stargate Project ialah Projek Stargate. Padanan ini berdasarkan ciri semantik istilah Stargate itu sendiri yang merupakan kata nama khas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.02.2023
Selamat petang. 1.Adakah "batu nadir" boleh digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa yang jarang didapati? 2.Apakah nama yang sesuai untuk batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di dalam taman bunga? Terima kasih.
  1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nadir bermaksud:
          i. perahu (di Melaka);
         ii. titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yang terletak langsung di bawah kaki pemerhati;
        iii. bahasa Arab: jarang ada atau didapati ganjil.
    Oleh itu, “batu nadir” sesuai digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa dan jarang didapati.

  2. Untuk makluman tuan, berdasarkan carian dalam pangkalan data kami, tiada nama khusus yang sesuai digunakan bagi batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di taman bunga. Walau bagaimanapun, batu-batu yang digunakan dalam tujuan landskap kebiasaannya hanya disebut sebagai batu hiasan. Carian dalam pangkalan data kami juga, terdapat istilah batu monumental dalam bidang landskap iaitu blok batu yang luar biasa besarnya seperti batu yang digunakan sebagai batu peringatan, pembinaan air terjun atau mercu tanda. Untuk membantu tuan menyelesaikan hal berkaitan ini, tuan disarankan untuk membuat lebih banyak rujukan di perpustakaan atau boleh merujuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. 
Lain-lain26.01.2021

Kembali ke atas