Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ke.ra.wa.la] | چکراوالا

Definisi : 1. langit, lengkung langit; 2. peredaran bintang-bintang dll di langit; 3. bintang-bintang di langit (spt bulan, matahari, dll); 4. kaki langit, tepi langit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ke.ra.wa.la] | چکراوالا

Definisi : 1 langit atau lengkung langit. 2 seluruh bintang dan planet di langit termasuk bulan dan matahari. 3 peredaran bintang-bintang dll di langit. 4 kaki langit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakerawala


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kometcometJasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.Menengah Rendah
bintangstarJasad cakerawala yang panas dan bercahaya serta menjana tenaga haba. Lihat RajahMenengah Rendah
planetplanetSebarang jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari atau bintang.Menengah Rendah
lohong hitamblack holeObjek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya.Menengah Rendah
burujconstellationSekumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya menyerupai bentuk-bentuk tertentu di cakerawala. Contohnya, buruj Biduk, buruj Belantik dan buruj Pari. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas