Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calamus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calamuskalamusBiologiHistologi dan Sitologi1. Batang yang bahagian tengahnya berlubang tetapi tidak beruas, seperti rumput buluh. 2. Pelepah bulu unggas.
calamus scriptoriuskalamus skriptoriusBiologiHistologi dan SitologiBahagian lantai ventrikel keempat yang paling bawah yang berbentuk seperti pena dan terletak di celah-celah jasad restiform.
calamuskalamusPerubatanTiada1. Rizom kering daripada tumbuhan Acorus calamus.
Acorus calamusJerangauPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Acoraceae. Ia tidak berbatang dan mempunyai rizom. Daun tersusun pada satu satah, berbentuk panjang sehingga 1 m dan meruncing di hujung. Jambak bunga jenis spadiks berwarna hijau. Pokok herba jenis saka ditanam di kawasan lembap. Asap daripada rizom kering yang dibakar dihidu untuk merawat lelah. Rizom yang telah dilumatkan bersama halia dilumur pada badan untuk rawatan lepas bersalin. Air rebusan pokok diminum sebagai tonik lepas bersalin. Air rebusan akar diminum untuk merawat haid berlebihan, demam dan selsema, sakit perut, cirit-birit dan buang angin. Rizomnya mengandungi minyak pati dengan sebatian utama seperti fenilpropana, monoterpina dan sesquiterpinoid. Sebatian ß-asaron yang juga terdapat dalam tumbuhan ini dilaporkan bersifat karsinogenik yang boleh mengakibatkan barah.
Acorus calamusjerangauHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba saka dalam famili Acoraceae dan tingginya mencapai satu meter. Jerangau hidup liar di tempat berair atau lembap seperti parit, kolam dan sawah padi. Daunnya jenis ringkas, panjang dan lurus seperti rumput. Daunnya tersusun padat pada satu satah membentuk pangkal yang leper. Urat daun selari mengikut panjang daun. Pangkal daun berwarna ungu. Rizomnya merayap dan ditutupi sisik. Isinya berserabut dan berwarna putih. Rizomnya dibuat ubat untuk melegakan masalah angin, kolik dispepsia, demam, ulser usus, reumatik, sakit saraf, disentri, lelah dan jangkitan pada bronkus. Rizomnya mengandungi minyak meruap dan boleh dibuat campuran minuman beraroma dan pewangi. Air rebusan daun dibuat tonik untuk ibu selepas bersalin, manakala air rebusan akarnya digunakan untuk mengurangkan darah nifas dan haid yang terlalu banyak. Jerangau bersifat antibakteria, antiseptik, diaforetik, emetik, antireumatik dan sedatif. Tumbuhan ini mengandungi bahan kimia seperti X-asaron, azulena, elemisin, isoeugenol, limonena dan minyak pati.
rattanrotanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTumbuhan daripada famili Palmae, dan merupakan hasil keluaran hutan yang kedua terpenting selepas kayu balak. Tumbuhan rotan tumbuh liar di kawasan hutan, dan ada juga yang ditanam di ladang. Beberapa spesies yang utama seperti calamus manan, iaitu rotan manau dan calamus caesus, iaitu rotan sega telah ditanam dengan meluas sebagai tamanan selingan di ladang getah. Rotan digunakan dengan meluas dalam industri perabot dan kraftangan.
anticonvulsantantikonvulsanHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau mengawal masalah kekejangan. Contohnya, ekstrak rizom jerangau (Acorus calamus) dan daun bayam duri (Amaranthus spinosus) yang bersifat antikonvulsan.
linearlinearHerbaBotani dan BioteknologiBentuk daun yang panjang dengan nisbah panjang berbanding lebar 12:1. Contohnya, daun jerangau (Acorus calamus), daun serai (Cymbopogon spp.) dan daun lalang (Imperata cylindrica).

Kembali ke atas