Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.lit] | چاليت

Definisi : 1. tanda seperti cat (kapur dan lain-lain) yang telah disapukan atau dipalitkan sedikit, palit; 2. bp tanda berbentuk V pada pakaian seragam anggota polis atau tentera yang menunjukkan pangkat (hingga ke taraf sarjan sahaja): dengan satu calit di lengan, saya mula berasa selesa memakai pakaian seragam; calit api mancis api, gores api; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.lit] | چاليت

Definisi : I kotoran yg sedikit yg melekat pd sesuatu. bercalit kotor kerana kena calit sesuatu spt lumpur, dakwat dll; berpalit. mencalit mengotorkan sedikit dgn sesuatu; memalit: ~ kereta dgn lumpur. mencalitkan memalitkan sesuatu pd; mencolekkan: Budak nakal itu telah ~ lumpur pd keretanya. calitan sesuatu (spt darah, selut) yg sangat sedikit (yg dipalitkan atau yg diambil dgn mencalit): ~ darah itu diuji utk menentukan jenis kuman yg terdapat di dalamnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ca.lit] | چاليت

Definisi : ; ~ api mancis; korek api; gores api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud secalit dalam penjodoh bilangan? Terima kasih.Dalam Kamus Pelajar, calit bermaksud kotoran yang sedikit yang melekat pada sesuatu. Contoh ayat, ada secalit jelaga di tepi hidungmu.Tatabahasa05.04.2015
Apakah perkataan paling sesuai untuk menterjemah perkataan 'slide' seperti yang digunakan dalam ayat berikut, 'Slide to the next picture' (merujuk kepada gambar yang berada dalam telefon bimbit). Apakah penjodoh bilangan untuk gambar jika ia berada dalam telefon gambar? Adakah sekeping gambar boleh digunakan atau satu gambar? Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai ialah “Calit untuk ke gambar berikut”.

Penjodoh bilangan “sekeping” tidak lagi sesuai untuk gambar dalam telefon bimbit. Sudah memadai dengan menggunakan kata bilangan, iaitu satu gambar, dua gambar dan seterusnya.
Penyemakan dan penterjemahan17.04.2017

Kembali ke atas