Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam.pa/] | چامڤق

Definisi : buang, lempar; ~ batu ki meninggalkan sesuatu tempat buat selama-lamanya; ~ buang a) membuang barang sesuka hati; b) tidak menghargai sesuatu barang; c) lembing yg dibuat drpd kayu; ~ bunga sj permainan kanak-kanak; umpamanya orang ~ bunga, dibalas ~ tahi prb perbuatan yg baik dibalas dgn yg jahat; mencampak membuang, melempar; ~ wang menaburkan wang utk orang miskin; mencampakkan melemparkan, membuang­kan: semuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; ia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dr atas pohon itu; tercampak 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cam.pa/] | چامڤق

Definisi : sj penyakit berjangkit yg menye­babkan penghidapnya demam dan bintil-bintil merah tumbuh pd kulit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cam.pa/] | چامڤق

Definisi : ; mencampak membuang dgn agak kuat (bkn sesuatu yg dipegang); melempar. mencampakkan melemparkan sesuatu yg dipegang; menghumbankan: Apabila mendengar jawapan pemuda itu, beliau marah lalu ~ buku yg dipegangnya ke lantai. tercampak jatuh dgn agak kuat; terpelanting: Ketika melalui jalan yg berlekuk-lekuk dan berliku-liku, dia nyaris-nyaris ~ keluar dr lori tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[cam.pa/] | چامڤق

Definisi : = sakit (demam) ~ penyakit berjangkit yg menyebabkan penghidap­nya demam dan kulitnya ditumbuhi bintil-bintil merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campak

Puisi
 

Budak-budak atas jambatan,
     Campak batu seorang satu;
Ramai duduk di medan,
     Campak pantun seorang satu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Campak LenggangSiti Zaleha Mohd. HashimMalay Literature1 June 1999
Campak LenggangSiti Zaleha Mohd. HashimMalay Literature1 June 1999
Campak boleh menyebabkan berbagai penyakit sampinganZainal Abidin ZulkiflyDewan Masyarakat15 December 1978
Campak: keragaman manusia dan bentuk kemandirianAmida AbdulhamidDewan Sastera1 October 2003
Gorila dijangkiti campak kerana manusiaTiadaDewan Siswa1 April 1989

Kembali ke atas