Limau anum campak di kolam, Ranting terletak di tepi bukit; Harimau mengaum tidak menerkam, Anjing menyalak tidak menggigit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Campak batu timbul kelapa, Anak orang di Pasir Mayang; Campak satu tidak mengapa, Banyak orang kasih sayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Budak-budak atas jambatan, Campak batu seorang satu; Ramai duduk di medan, Campak pantun seorang satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Banyaklah orang mengerat halia, Campak halia dikerat empat; Banyaklah orang bersifat mulia, Tidak semulia Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Parang putus membelah batu, Campak parangnya tinggal puting; Orang kurus membuka baju, Nampak tulangnya dikejar anjing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berderai putus kelindan benang, Campak diberi jari sangkut; Bercerai hati tak senang, Hendak sepergian belumlah patut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak elang mati terkejut, Hilang campak ke dalam paya; Awaklah sayang hati terpaut, Orang menolak apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau kain sudah bersih, Jangan biarkan campak ke tanah; Kalau pemimpin sudah dipilih, Jangan biarkan merosak amanah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Gelilah tiung berbini banyak, Letak berjalan campak ke parit; Gigilah ompong gusi pun bengkak, Hendak menelan selera pahit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tiung barukan besar, Mencuba terbang campak ke tanah; Awak bingung mengaku pintar, Ditanya orang pesaknya basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |