Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam.pur] | چمڤور

Definisi : 1. = bercampur bergaul (berbaur, bersatu, beraduk, berkacau) dlm satu kumpul­an; logam ~ dua atau lebih jenis logam yg disatukan; 2. (dlm ilmu hisab) ditambah kpd atau disatukan dgn (angka yg dinyatakan): dua ~ tiga, jumlahnya lima; kira-kira ~ kira­-kira yg menyatukan dua angka atau lebih supaya menjadi satu jumlah; ~ bicara = ~ mulut masuk campur (dlm hal orang dll); ~ tangan a) mengambil bahagian dlm atau memasuki hal orang (kejahatan dll); b) terkait atau terlibat dlm hal orang dll; bercampur 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-men­cintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; bercampuran bercampur-campur, bercampur aduk; mencampuri 1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur: susu itu jangan dicampuri air; 2. bercampur dgn: benda apa yg ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; emas yg sudah dicampuri logam; 3. turut campur dlm sesuatu urusan (hal orang dll): negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yg tertentu dgn tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; 4. bergaul (bersama) dgn: golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; 5. mengadakan hubungan kelamin: semasa dlm ihram suami tidak boleh ~ isteri; mencampurkan 1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. men­jadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. meng­hubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi; tercampur sudah bercampur, tergaul, ter­kacau; campuran 1. sesuatu yg bercampur; 2. benda­-benda yg dicampurkan atau utk dicampurkan; 3. gabungan, sebatian; percampuran 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan; pencampuran proses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kpd sesuatu yg lain: ~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cam.pur] | چمڤور

Definisi : ; kira-kira ~ kira-kira menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain supaya menjadi lebih banyak (spt 5 + 5 = 10; 3 + 3 + 2 = 8). ~ tangan a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. bercampur 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. mencampur membuat kira-kira campur. mencampuri 1 bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2 turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3 bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. mencampurkan 1 menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2 mengum­pulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3 mengira berapa jumlah besar­nya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. campuran 1 sesuatu yg sudah bercampur. 2 benda-benda yg dicampurkan. percampuran 1 keadaan bercampur. 2 perbuatan atau hal bercampur dgn orang lain; pergaulan. pencampuran perbuatan atau hal mencampurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campur

Puisi
 

Gulai kacang campur cendawan,
     Beri makan tuan puteri;
Habis bintang disapu awan,
     Bulan bersinar dengan matahari.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Jangan buat kerbau tanduk panjang.

Bermaksud :

Jangan ikut campur dalam urusan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
governmental interventioncampur tangan kerajaanPentadbiranTiadaTindakan pemerintah bagi mengawal perjalanan mahupun keputusan dalam pengurusan pihak persendirian dan swasta. Campur tangan ini boleh bersifat penetapan syarat yang mesti diikuti, sempadan yang mesti dipatuhi, pemeriksaan terhadap barangan dan keluaran. Campur tangan kerajaan biasanya dilakukan untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara namun secara tidak langsung boleh menggugat kreativiti, kebebasan dan pasaran. Campur tangan kerajaan juga boleh dilihat dengan jelas dalam transaksi ekonomi, penetapan harga barang, pembinaan infrastruktur, pelaksanaan kursus di universiti, perkembangan bahasa, alam sekitar, budaya, hiburan, kesihatan, pembangunan industri dan kebebasan berpolitik. Dalam banyak kes, campur tangan kerajaan tidak digemari oleh pihak yang berkenaan seperti pihak swasta yang menjalankan perniagaan sama ada perkilangan, pendidikan, hospital atau klinik, media, perdagangan import eksport dan sebagainya. Kegagalan mematuhi penetapan kerajaan akan dikenakan tindakan undang-undang. Contoh campur tangan kerjaan ialah penetapan harga barang terhadap barang kawalan yang telah ditetapkan menjelang musim perayaan dan penetapan sesuatu projek pembukaan tanah, memerlukan kelulusan kajian impak alam sekitar (EIA) sebelum diluluskan.
armed interventioncampur tangan bersenjataUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan sesebuah negara mencampuri urusan dalaman dan luaran negara lain dengan menggunakan kuasa persenjataan. Campur tangan ini boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung. Campur tangan secara langsung berlaku apabila sesebuah negara menggunakan senjata terhadap negara lain bagi memaksa negara tersebut akur dengan kehendaknya. Dalam hal ini, campur tangan bersenjata boleh berubah menjadi serangan bersenjata yang merupakan syarat bagi mempertahankan diri di bawah Perkara 51 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Campur tangan secara tidak langsung pula boleh berlaku apabila sesebuah negara memberi bantuan persenjataan kepada kumpulan di dalam sesebuah negara lain bagi menggulingkan kerajaan sedia ada dan menggantikannya dengan kerajaan yang dikehendaki.
administrative interventioncampur tangan pentadbiranPentadbiranTiadaTindakan pihak yang lebih berkuasa dan berada di luar badan pengurusan organisasi yang mencampuri urusan perjalanan, pelaksanaan mahupun pembuatan keputusan bagi sesuatu bidang tugas dan projek. Campur tangan pentadbiran boleh bersifat negatif mahupun konstruktif. Campur tangan yang konstruktif bertujuan untuk menjaga kepentingan organisasi dan mengelak berlakunya penyimpangan bidang tugas daripada garis panduan yang telah ditetapkan. Campur tangan ini boleh bersifat arahan, teguran, tindakan pembetulan dan penambahbaikan, kawalan serta pengawasan. Manakala campur tangan yang bersifat negatif akan cuba mempengaruhi urusan pentadbiran untuk kepentingan peribadi atau pihak tertentu. Campur tangan boleh berlaku dalam bentuk pembuatan keputusan yang berat sebelah, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan nepotisme.
miscible drivepacuan larut campurKejuruteraanPetroleumMekanisme pendorong yang menolak minyak naik dari subpermukaan (dalam reserbor) ke permukaan bumi melalui telaga, yang berpunca daripada tekanan larut campur yang disuntik ke dalam reserbor. Larut campur ini terdiri daripada campuran dua atau lebih sebatian misalnya, propana, gas petroleum cecair, gas asli, gas karbon dioksida dan lain-lain yang bersifat mengurangkan daya tarikan permukaan antara air dengan minyak. Larut campur ini disuntik ke dalam reserbor dengan tujuan untuk mendapatkan perolehan minyak tambahan.
accidental adulterationcampur palsu secara tidak sengajaHerbaTiadaPerlakuan tidak sengaja mencampurkan bahan mentah atau sediaan herba tulen dengan bahan pemalsu. Campur palsu disebabkan kecuaian semasa proses pengumpulan, pengeringan dan pembungkusan bahan mentah, serta semasa pengilangan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah unsur tanah, bahagian tumbuhan yang tidak tulen dan rumpai. Campur palsu ini dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri.
deliberate adulterationcampur palsu secara sengajaHerbaTiadaPerlakuan sengaja mencampurkan atau menggantikan bahan mentah atau sediaan herba tulen atau kurang berkualiti dengan bahan pemalsu. Campur palsu dilakukan untuk mengurangkan kos pemprosesan sediaan herba yang sukar diperoleh atau mahal, menopengi bahan mentah yang kurang berkualiti dan meningkatkan keberkesanan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia dan ubat sintetik. Campur palsu ini boleh dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri.
interventioncampur tanganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan sesuatu pihak yang mencampuri urusan dalaman atau urusan luaran sesebuah negara berdaulat. Tindakan ini umumnya menyalahi prinsip tidak campur tangan di bawah undang-undang antarabangsa. Menurut Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertubuhan antarabangsa tersebut tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan yang berada dalam bidang kuasa tempatan negara. Selain itu, terdapat juga deklarasi PBB yang melarang sesebuah negara daripada mencampuri urusan dalaman dan luaran negara lain. Walau bagaimanapun, tindakan campur tangan adalah sah dengan mandat Majlis Keselamatan PBB atau izin negara tuan rumah.
midlatitude mixed foresthutan campur latitud tengahGeografiTiadaKawasan hutan campur yang terdapat di kawasan latitud tengah.
miscible drivepacuan larut campurKejuruteraanTiadaMekanisme pendorong minyak menggunakan bahan larut campur.
adulterationcampur palsuHerbaTiadaPenambahan sebarang bahan herba yang berkualiti rendah atau tidak tulen, bahan lengai, kotor atau toksik ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara sengaja atau tidak sengaja. Campur palsu juga merangkumi pengeluaran komponen bernilai daripada bahan herba. Contohnya, cengkih yang telah dikeluarkan minyak meruapnya sebagai bahan mentah atau sediaan herba. Tujuan campur palsu ini adalah untuk mendapatkan keuntungan, melakukan penipuan atau menutup kekurangan. Sinonim adulterasi, pemalsuan, penodaan, pelancungan, aduk, pemalsuan mutu, pengodian dan pencemaran mutu.
12345678910...

Kembali ke atas