Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.nang] | چانڠ

Definisi : gong kecil (utk memberi alamat, me­nyerantakan, dll): baginda bertitah menyuruh titir ~ pemanggil; mencanangkan 1. mengumumkan kpd orang ramai (dgn memukul canang dll), menyeranta­kan; 2. menceritakan ke merata-rata tempat, mengheboh-hebohkan: kanak-kanak di kampung itu berlari ke sana sini ~ kejadian itu; pencanang orang yg mencanangkan sesuatu (berita, kejadian, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.nang] | چانڠ

Definisi : gong kecil yg digunakan utk memberi alamat (memanggil orang dll). mencanangkan 1 memukul canang utk memberitahukan sesuatu. 2 ki menghebahkan sesuatu ke merata-rata tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canang

Puisi
 

Canang dipukul bertali-tali,
     Rakyat datang menaiki lancang;
Kalau abang meminta sendiri,
     Adakah adik sukakan abang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
canangcanangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Canang terdiri daripada dua jenis. iaitu (i) satu set dua biji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Canang ini dipukul dengan pemukul yang berbalut dan berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik. Alat ini dimain­kan dalam ensembel wayang kulit di Semenanjung Malaysia. (ii) satu set dua biji gong gantung berbusut, bersaiz kecil dan registernya sederhana. Alat muzik ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan secara bertingkah-tingkah dengan alat muzik lain dalam ensembel. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak dan di Sabah. Lihat juga sanang.

canang (Mal)canangKesenianTiadaAlat idiofon daripada logam yang bertombol di tengah digunakan dalam wayang kulit Kelantan, menora dan tarian asyik.
mongmongKesenianTiadaCanang.
kelinang (Mal)kelinangKesenianTiadaCanang dalam wayang kulit Melayu.
kyi waing (Myn)kyi waingKesenianTiadaCanang keliling.
kuluntang (Ph)kuluntangKesenianTiadaIstilah untuk canang yang digunakan oleh kaum Kadazan di Sabah. [Sinonim dengan istilah kulintangan].
trompong (Indon)trompongKesenianTiadaPerangkat sepuluh canang muzik Bali.
kulingtangan (Mal)kulingtanganKesenianTiadaIstilah untuk canang yang digunakan oleh kaum Kadazan di Sabah. Sinonim dengan istilah kulingtangan.
ketuk (Mal)ketukKesenianTiadaGong kecil seperti canang dalam gamelan Jawa.
reyong (Indon)reyongKesenianTiadaPeranggu dua belas canang dari Bali yang diatur dalam sebaris.
12

Kembali ke atas