Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.ke.rang] | چڠکرڠ

Definisi : 1. kulit luar yg keras (pd kerang dll); 2. Jk selongsong (lampu bateri dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ke.rang] | چڠکرڠ

Definisi : kulit luar yg keras (pd kerang, siput babi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cangkerang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Bolehkah gunakan 'mengutip cangkerang siput di pantai." adakah kulit siput sama dengan cangkerang ? sekian terima kasih.Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, cangkerang ialah kulit luar yg keras (pd kerang dll). Oleh itu, cangkerang boleh digunakan. Makna03.08.2011
Salam sejahtera, apakah perbezaan antara 'cangkerang' dan 'cengkerang'? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah cangkerang.Ejaan29.09.2022
Assalamualaikum, Jika cangkerang merupakan ejaan baku bagi istilah tersebut, mengapakah variasinya iaitu cengkerang dapat ditemukan dalam bahagian 'Istilah Malaysia' PRPM?Bentuk baku ialah cangkerang seperti yang terdapat dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi Kedua. Bentuk ejaan cengkerang bukan variasi kerana cengkerang tidak terdapat dalam kedua-dua kamus rujukan yang dinyatakan.Ejaan20.10.2017
1)Adakah kosa kata 'cengkerang' masih digunakan untuk maksud kulit kerang? 2)Lagu rakyat 'enjit' atau 'injet' atau 'enjet' semut, yang manakah betul?1. Ejaan yang betul ialah cangkerang. Lihat cangkerang">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cangkerang.
2. Dalam data kami Enjit-enjit Semut. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=enjit+semut.
Tatabahasa05.09.2014
Dalam korpus DBP, berapa banyak kalikah kata 'cangkerang' terakam dan berapa banyak kali pula kata 'cengkerang' terakam?Data korpus DBP boleh diakses oleh pengguna melalui laman web www.dbp.gov.my. Pilih menu yang berkenaan satu demi satu: Perkhidmatan, Produk Penyelidikan Bahasa Melayu, Pengkomputeran Bahasa dan akhirnya Pangkalan Data Korpus. Kami berharap pengguna dapat menggunakan kemudahan yang ada dan memanfaatkan data berkenaan dengan sebaik-baiknya.Lain-lain19.11.2018
Buku text Tadika 3Q dengan gambar Kerang yang belum terbuka yang di letak dalam bakul, di gelar CENGKERANG Saya berdebat dengan guru tadika, bahawa itu Kerang, bukan Cengkerang, kalau Cengkerang, itu seharusnya kerang atau siput yang dah mati cuma tinggal cengkerang Harap pihad DBPM memberi nasihatUntuk makluman, ejaan yang betul ialah cangkerang. Ia membawa maksud kulit luar yg keras (pd kerang, siput babi dll). Ini bermakna, cangkerang bukannya mewakili kerang atau siput yang telah mati sahaja, tetapi untuk yang masih hidup juga. Untuk lebih jelas boleh rujuk cangkerang">di sini.Lain-lain03.08.2015
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut? 1. Mussel Walking Wheels 2. Oyster Farm Upwellers 3. Pearl Shell Cleaning Machines Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:

1. Mussel Walking Wheels - Roda Penggerak Rawai Kupang
2. Oyster Farm Upwellers - Alat Penaik Ladang Tiram
3. Pearl Shell Cleaning Machines - Mesin Pembersihan Cangkerang Mutiara
Istilah28.01.2016

Kembali ke atas