Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.ke.rang] | چڠکرڠ

Definisi : 1. kulit luar yg keras (pd kerang dll); 2. Jk selongsong (lampu bateri dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ke.rang] | چڠکرڠ

Definisi : kulit luar yg keras (pd kerang, siput babi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cangkerang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CANGKERANG UMUM 
MOLUSKA

Moluska ialah haiwan berbadan lembut yang tidak

bertulang. Siput, lintah, kima, kupang, tiram, sotong,

dan sotong kurita ialah moluska. Kebanyakan

moluska mempunyai cangkerang keras yang

melindungi badannya yang lembut. Sesetengahnya

seperti sotong katak dan sotong tidak mempunyai

cangkerang luar. Cangkerang khas tumbuh di dalam

badannya. Cangkerang ini dikenali sebagai tulang

sotong pada sotong katak dan pen pada sotong.

Beberapa jenis moluska termasuk sotong kurita dan

lintah tertentu tidak mempunyai cangkerang

langsung. Untuk maklumat lanjut tentang

cangkerang moluska dan bagaimana ia terbentuk,

lihat Cangkerang.

UMUM 
KONKOLOGI

Konkologi lihat Cangkerang (Mengumpul dan

memulihara cangkerang).

UMUM 
TIRAM

Tiram ialah sejenis kerang-kerangan yang

terdapat di lautan dan serokan pantai di kawasan

beriklim sederhana hingga iklim tropika. Tiram

mempunyai badan yang lembut dan boleh

dimakan yang terletak di sebelah dalam dua keping

cangkerang keras. Cangkerang ini biasanya bertepi

tajam dan tidak sekata bentuknya. Tiram hidup di

dasar laut berdekatan dengan pantai yang airnya

tenang dan tidak dalam.

UMUM 
NAUTILUS

Nautilus ialah haiwan laut yang mempunyai

badan yang lembut yang sebahagiannya ditutup

oleh cangkerang yang berlingkar. Nautilus

tergolong ke dalam kelas haiwan yang sama

dengan sotong dan sotong kurita. Cangkerang

nautilus mengandungi kira-kira 30 ruang yang

digarisi oleh bahan berwarna pelangi yang dikenali

sebagai gewang atau nakre . Bahan ini

menyebabkan haiwan ini juga biasanya dikenali

sebagai nautilus mutiara . Nautilus tinggal pada

kedalaman antara enam meter hingga 300 meter di

Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Hindi. Ia makan

ketam dan haiwan krustasia lain. Terdapat kira-kira

enam jenis spesies nautilus yang ada pada hari ini.

Sekurang-kurangnya terdapat 2000 bentuk fosil

daripada jenis ini yang diketahui.

UMUM 
OSTEOPOROSIS

Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang

yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang

yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam

osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau

mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga

sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat

rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan

kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa

bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran

tentang kewujudannya sehinggalah berlaku

kecederaan.

UMUM 
KUPANG

Kupang ialah haiwan air yang badan lembutnya

di dalam cangkerang keras. Kupang hidup

dalam laut dan dalam air tawar. Cangkerangnya

terdiri daripada dua keping cangkerang dan

dinamakan injap. Injap ini dicantumkan oleh sendi

dan boleh dibuka dan ditutup.

UMUM 
MANTEL

Mantel ialah selaput atau tisu. Lihat Cangkerang

UMUM 
SIPUT

Siput ialah haiwan yang badan lembutnya

biasanya diliputi cangkerang berlingkar. Siput

merayap menggunakan organ berotot yang

kuat yang dikenali sebagai kaki. Badannya

mempunyai kepala berserta tentakel, mata,

mulut, dan gigi yang halus. Mungkin terdapat lebih

daripada 80 000 jenis siput. Sesetengahnya lebih

kecil daripada saiz kepala jarum peniti.

Yang lain membesar sehingga 60 sentimeter

panjangnya.

UMUM 
ARGONAUT

Argonaut ialah haiwan laut yang sama kelasnya

dengan kurita dan cumi-cumi. Argonaut hidup di

permukaan laut panas di dunia tempat ia memakan

ikan kecil. Ia berenang dengan menolak pancutan air

melalui sifon, suatu organ berbentuk tiub di bawah

kepalanya. Argonaut betina panjangnya sehingga 15

sentimeter. Argonaut jantan jarang membesar lebih

daripada 2.5 sentimeter panjang. Seperti kurita,

argonaut mempunyai lapan lengan. Dua daripada

lengan argonaut betina berbentuk seperti kipas.

Semasa kedua-duanya bercantum, ia beransur-ansur

membentuk cangkerang yang keras bak kertas yang

melindungi telurnya yang halus. Nama nautilus kertas

yang sering digunakan bagi haiwan ini berasal

daripada cangkerang yang rapuh. Cangkerang ini

ditanggalkan selepas telur menetas. Argonaut jantan

tidak membentuk cangkerang.

Pengelasan saintifik. Argonaut tergolong dalam

famili sefalopod, Argonautidae. Argonaut biasa ialah

Argonauta argo.

UMUM 
123

Kembali ke atas