Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : 1. sesuatu yg melengkung spt kait (gancu dll): buatlah ~ pd dawai itu supaya dapat disangkutkan; 2. alat utk mengancing baju yg dibuat drpd besi kecil yg dilengkungkan; bercangkuk memakai cangkuk; mencangkuk mengenakan cangkuk, mengait: habislah segala tubuhnya dicangkuk oleh sekalian onak dan duri; mencangkukkan mengaitkan: ~ mata taut pd belakang rusa itu; tercangkuk terkait. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : 1. dahan kayu yg dibalut supaya tumbuh akar utk ditanam; 2. ki palsu; mencangkuk menjadikan dahan berakar dgn membalutnya dgn sabut berisi tanah, mengetut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : sj ubat drpd bunga yg dikeringkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : , = pencangkuk 1 benda yg melengkung dan berkait, spt penyangkut kelambu. 2 alat yg dibuat drpd besi kecil melengkung utk mengancing baju. besi ~ besi yg hujungnya berkait. bercangkuk memakai cangkuk; ada cangkuknya: Bahagian hujung galah itu ~ supaya mudah digunakan utk mengait sesuatu. mencangkuk menyebabkan sesuatu terkena cangkuk; mengait dgn cangkuk: Ketika berlari dlm semak tadi, onak dan duri telah ~ seluarnya hingga koyak-koyak. mencangkukkan melekatkan cangkuk (pd); mengaitkan (ke): Pak Pandir telah ~ mata taut itu pd belakang rusa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cangkuk

Peribahasa

Harapkan si untung menggamit,
     kain di badan didedahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah "Barb Outlet" dalam bahasa Melayu? ia adalah komponen dalam mesin oksigen. Yang pasti ia bukanlah "cangkuk" kerana ia tidak berbentuk seperti cangkukKami mencadangkan istilah "barb outlet" diterjemahkan sebagai "saluran keluar ruit", "saluran keluar terkait" atau "alur keluar lekap". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah20.08.2021
Salam, saya ingin meminta padanan bahasa bagi "hook with suction cup" iaitu penyangkut yang dilekatkan menggunakan tekanan udara. Saya dahulukan jawapan pihak tuan/puan dengan ucapan terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah suction cup hook ialah cangkuk lekap.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah17.08.2022
Saya ingin bertanya, terjemahan yang merujuk kepada jam tangan, perkataan Clasp adalah kancing, Buckle juga kancing, tapi terdapat gabungan dua perkataan ini Clasp Buckle, apakah terjemahannya dalam bahasa Melayu? Terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "clasp buckle". Istilah untuk "clasp" ialah kancing atau cangkuk. Istilah untuk "buckle" ialah kancing atau gancu.  Oleh itu, istilah yang dicadangkan untuk "clasp buckle" ialah kancing.Istilah03.04.2013
apakah terjemahan bagi suction hooks dalam bahasa melayu?adakah pencangkuk hisapan?terima kasihUntuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk suction hook dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk suction, iaitu sedut, sedutan, hisap, dan hisapan. Istilah bahasa Melayu untuk hook pula ialah cangkuk atau pencangkuk. Oleh itu, istilah pencangkuk hisapan boleh digunakan sekiranya sesuai dan bertepatan dengan konsep istilah tersebut.Istilah15.02.2012
Salam. Saya agak keliru dengan penggunaan "di" dan "pada" dalam sesetengah ayat. Setiap kali melihat wajah saya "di/pada" cermin, saya rasa rendah diri. Adakah penggunaan "di atau "pada" boleh ditukar ganti dalam ayat di atas? Jika tidak, mana yang lebih sesuai? Terima kasih. Salam.Yang dimaksudkan sendi nama "pada" untuk "tempat" ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya:

- Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi.
- Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan.
- Tulis nama pada kertas ini.

Penggunaan yang lebih sesuai ialah pada cermin.

Tatabahasa21.04.2017
Salam sejahtera, "stapler" merupakan terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris. Secara alternatifnya, terdapat padanan kata "pengokot" yang membawa maksud yang sama. Namun, apakah kata dasar "pengokot" dan adakah "pengokot" dikira sebagai pinjam terjemah? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih.

Kata akar bagi pengokot ialah kokot, iaitu besi atau kawat yang bengkok seperti cangkuk atau kait. Oleh sebab itu, perkataan pengokot bukan merupakan kaedah pinjam terjemah kerana perkataan ini terdapat dalam kosa kata bahasa  Melayu. “Stapler” yang disesuaikan dalam bahasa Melayu pula merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa sumber (bahasa Inggeris) dan ini merupakan kaedah terjemahan secara pinjaman, iaitu perkataan atau frasa yang dipinjam daripada bahasa yang lain secara harfiah tanpa penyesuaian ejaan serta menggunakan kaedah terjemahan perkataan demi perkataan.

Istilah15.04.2020
Yang manakah betul? Abu melukis mural yang cantik (di, pada) dinding bangunan sekolah.Jawapan yang tepat ialah "Abu melukis mural yang cantik pada dinding bangunan sekolah. 
Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275, kata sendi nama "pada" digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja, Contohnya:
1. Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi
2. Tulis nama pada kertas itu.
3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan.
Tatabahasa07.09.2016
Salam 1 Malaysia. 1. Persoalan tentang kata sendi nama "pada" dan "di". Ada sumber menyatakan bahawa "pada" hanya digunakan untuk waktu manakala "di" untuk tempat. Namun terdapat juga skema jawapan yang menggunakan "pada" untuk tempat. Mohon penjelasan tuan tentang tatacara penggunaan di dan pada. 2. Benarkah perkataan "pelibatan" lebih tepat berbanding "penglibatan".

1. Yang dimaksudkan sendi nama "pada" untuk "tempat" ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya:

- Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi
- Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan
- Tulis nama pada kertas ini

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275.  

2. Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri penglibatan iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara, jadi penglibatan juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan pelibatan.
Tatabahasa17.06.2015
1)Made of high quality and non-toxic materials. No rusting and sharp edges. 1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tidak melindungi toksik. Tidak berkarat dan berbucu tajam. 2)Removable 2)Boleh ditanggalkan. 3)Elastic wire rope for easy to stretch. 3)Tali dawai elastik untuk mudah meregangkan. 4)Safe, smooth design with one-handed open or close. Strong clasp that is gentle on baby clothes. 4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan satu tangan. Cengkaman kuat tetapi lembut pada pakaian bayi. Sekian terima kasih :)Terjemahan yang sesuai adalah seperti berikut:
1)Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dan tanpa toksin. Tidak berkarat dan berbucu tajam.

2)Boleh ditanggalkan. 

3)Tali dawai elastik yang mudah diregangkan.
 
4)Reka bentuk yang selamat dan licin. Senang dibuka atau ditutup dengan menggunakan sebelah tangan. Kancing atau cangkuk yang kuat tetapi selamat pada pakaian bayi.
Makna18.10.2018
Salam sejahtera. Ayat berikut yang manakah betul penggunaan kata sendinya. Ayat (1): Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat (2): Swee Ling menulis alamat rumah pada sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya. Ayat 3: Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Ayat (4): Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan pada batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru.

Penggunaan kata sendi yang betul ialah “di atas”,  iaitu (1); Swee Ling menulis alamat rumah di atas sekeping poskad untuk dikirimkan kepada rakannya dan Menteri Besar Johor menurunkan tandatangan di atas batu asas sempena projek lebuh raya di Desaru. Kata sendi “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada pada. Contohnya: ...pada pukul tujuh pagi; Wang itu ada pada ibu dan kaki lembu itu disangkutkan pada cangkuk besi. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 265-266 dan 274-275.

Tatabahasa20.02.2014

Kembali ke atas