Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : 1. sesuatu yg melengkung spt kait (gancu dll): buatlah ~ pd dawai itu supaya dapat disangkutkan; 2. alat utk mengancing baju yg dibuat drpd besi kecil yg dilengkungkan; bercangkuk memakai cangkuk; mencangkuk mengenakan cangkuk, mengait: habislah segala tubuhnya dicangkuk oleh sekalian onak dan duri; mencangkukkan mengaitkan: ~ mata taut pd belakang rusa itu; tercangkuk terkait. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : 1. dahan kayu yg dibalut supaya tumbuh akar utk ditanam; 2. ki palsu; mencangkuk menjadikan dahan berakar dgn membalutnya dgn sabut berisi tanah, mengetut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : sj ubat drpd bunga yg dikeringkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.ku/] | چاڠکوق

Definisi : , = pencangkuk 1 benda yg melengkung dan berkait, spt penyangkut kelambu. 2 alat yg dibuat drpd besi kecil melengkung utk mengancing baju. besi ~ besi yg hujungnya berkait. bercangkuk memakai cangkuk; ada cangkuknya: Bahagian hujung galah itu ~ supaya mudah digunakan utk mengait sesuatu. mencangkuk menyebabkan sesuatu terkena cangkuk; mengait dgn cangkuk: Ketika berlari dlm semak tadi, onak dan duri telah ~ seluarnya hingga koyak-koyak. mencangkukkan melekatkan cangkuk (pd); mengaitkan (ke): Pak Pandir telah ~ mata taut itu pd belakang rusa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cangkuk

Peribahasa

Harapkan si untung menggamit,
     kain di badan didedahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAWAI BERDURI

Dawai berduri, dibuat daripada dua atau

lebih dawai keluli yang dipintal bersama dan

mempunyai cangkuk bak duri dalam jarak dekat-dekat.

Ia dijadikan pagar, khususnya untuk memagar

haiwan ternakan.

UMUM 
SLOTH

Sloth ialah nama biasa bagi famili haiwan di

Amerika Selatan yang bergerak dengan perlahan

dan pelik. Apabila bergerak di atas pokok, ia

berjalan terbalik, tergantung dari dahan. Sloth

boleh tergantung dengan sangat kuat dari dahan

dengan cakarnya bak cangkuk hinggakan ia tidur

dalam keadaan ini. Malah sloth mungkin terus

bergayut pada pokok untuk beberapa masa

selepas ia mati.

UMUM 
PARI SENGAT

Pari sengat ialah ikan pari atau ikan yang agak

leper. Ekornya yang panjang, bak cambuk

mempunyai satu atau dua duri yang tajam di

belakang ekornya, berhampiran dengan tengahnya.

Duri ini mempunyai cangkuk di sepanjang tepinya,

dan di pangkal duri terdapat kelenjar beracun.

UMUM 
ROTAN

Rotan ialah bahan yang liat, berserabut. Ia

berasal daripada batang jenis palma yang

tumbuh di timur India, Afrika. Pokok ini

tergolong dalam genus palma yang dikenali

sebagai Calamus . Batang rotan boleh tumbuh

sehingga melebihi 150 meter panjangnya. Pokok

ini memanjat pokok-pokok lain dengan cangkuk

halus pada daunnya.

UMUM 

Kembali ke atas