Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.pa] | چاڤ

Definisi : sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), capu, sembung, Blumea balsamifera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.pa] | چاڤ

Definisi : sj permainan judi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata capa

Puisi
 

Pucuk capa disayur manis,
     Daun palas dalam padi;
Belum baca tunduk menangis,
     Rasa belas di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Blumea balsamiferaSembung,capa, telinga kerbauPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Asteraceae, dikenali sebagai capa dan telinga kerbau. Pokok jenis renek yang mempunyai batang dan daun berbulu serta berbau seperti kapur barus. Daunnya jenis ringkas, besar dengan tepi daunnya bergerigi. Bunga berwarna kuning dan berbentuk tiub. Pokok ini tumbuh liar di kawasan belukar. Sebatian kimia antaranya borneol, beta-eudesmol, beta-kamfen, cineol, kamfor, limonen, flavanoid dan seskuiterpen. Daun digunakan untuk merawat bisul, mandian herba dan bertungku selepas bersalin. Selain itu daun juga digunakan untuk menghilangkan sakit dada dan sakit kepala. Air rebusan daun diminum untuk mengubati batuk, menggalakkan perpeluhan dan membuang angin dalam perut.
sage and onion stuffinginti capa dan bawangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Blumea balsamiferasembungHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Asteraceae dan dikenali juga sebagai capa dan telinga kerbau. Pokok jenis renek ini tumbuh liar di kawasan belukar, mempunyai batang dan daun berbulu serta berbau seperti kapur barus. Daunnya jenis ringkas dan besar dengan tepi daun bergerigi. Bunganya berwarna kuning dan berbentuk tiub. Pokok ini mengeluarkan sebatian kimia antaranya borneol, �-eudesmol, �-kamfena, sineol, kamfor, limonena, flavonoid dan seskuiterpena. Daunnya digunakan untuk merawat bisul, mandian herba dan bertungku selepas bersalin. Selain itu, daunnya juga digunakan untuk menghilangkan sakit dada dan sakit kepala. Air rebusan daun diminum untuk mengubati batuk, menggalakkan perpeluhan dan membuang angin dalam perut.

Kembali ke atas