Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cara berfikir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mentalitycara berfikirPendidikanTiadaTiada
dialecticdialektikKesusasteraanTiadaCara berfikir dan mengemukakan suatu kebenaran dengan alasan yang nyata.
paradgm shiftanjakan paradigmaPentadbiranTiadaMengubah cara berfikir dan bertindak.
risk based thinkingpemikiran berasaskan risikoPengurusanPerancanganSuatu cara berfikir tentang kesan daripada keputusan atau tindakan yang diambil, yang mungkin akan menjejaskan operasi organisasi. Risiko bermakna sesuatu kemungkinan yang akan berlaku dan memberikan kesan negatif atau bencana kepada organisasi. Pemikiran berasaskan risiko diperlukan supaya pembuat keputusan akan lebih bersedia untuk mengatasi masalah sekiranya menghadapi situasi yang boleh memudaratkan organisasi. Contohnya, sebuah bank perdagangan yang merancang untuk memastikan langkah perlindungan dan pemulihan dilaksanakan bagi menyelamatkan operasi perniagaaan sekiranya berlaku bencana seperti banjir besar.
paradigm shiftanjakan paradigmaPentadbiranPentadbiran Awam

Perubahan menyeluruh cara berfikir dalam menganalisis sesuatu perkara atau isu. Pendekatan ini berpegang kepada perubahan yang holistik dalam sesuatu pemikiran untuk kesempurnaan hasil dan kecemerlangan. Anjakan paradigma tidak percaya kepada perubahan secara beransur-ansur atau secara berperingkat. Contohnya, kajian pentadbiran atau kajian sosial secara mudah perlu ditukar sepenuhnya kepada kajian bersifat empirikal, bancian dan statistik untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.

egoegoKesusasteraanTiadaTanggapan seseorang tentang harga dirinya, yang mempengaruhi keyakinan diri, cara berfikir, bertingkah laku, berkemahuan dan tindakan. Ego seseorang itu merupakan perasaan dirinya dalam keadaan sedar, yang berupaya menguasai fikiran dan perlakuannya. Kadangkala ego turut dikaitkan dengan sifat bangga dan sayang diri. Ego mempengaruhi karya sastera seseorang pengarah. Banding egoisme.
urban culturebudaya bandarSosiologiTiadaCara hidup masyarakat bandar yang meliputi cara bertindak, cara berfikir dan berinteraksi.
scientific managementpengurusan saintifikPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah terperinci dalam teori pengurusan yang menentukan pembaharuan untuk mempertingkatkan produktiviti organisasi. Pengurusan saintifik dipercayai dapat mengubah cara berfikir ahli organisasi bukan sahaja untuk memantapkan kedudukan dan imej organisasi, tetapi secara tidak langsung dapat mempertingkatkan jati diri kakitangan organisasi tersebut. Pengurusan saintifik dipelopori oleh Frederick Winslow Taylor yang memberikan penekanan bahawa sebarang keputusan yang dilaksanakan adalah berasaskan kepada tradisi dan pengamalan pengurusan organisasi. Walau bagaimanapun, corak pengurusan yang baik sentiasa berteraskan kepada kebijaksanaan kakitangan dalam membuat keputusan yang berkait dengan kerja dan tanggungjawab.

urban culturebudaya bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaCara hidup masyarakat bandar yang meliputi cara bertindak, cara berfikir dan berinteraksi.
strategic thinkingpemikiran strategikPengurusanPerancanganCara seseorang berfikir untuk merancang kejayaan masa hadapan organisasi dengan mengambil kira faktor pengalaman lalu dan menganalisis persekitaran dan cabaran semasa. Pemikiran strategik boleh membantu pemimpin organisasi membuat keputusan secara tuntas dan berkesan bagi memastikan kejayaan organisasi dalam jangka masa panjang. Contohnya, keputusan yang dibuat oleh pemimpin yang berfikiran strategik untuk melabur dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dan inovasi supaya lebih berdaya saing.
12

Kembali ke atas