Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ri] | چاري

Definisi : 1. bp berusaha utk mendapat (menjumpai dll) sesuatu: di serata tempat saya ~ tapi tidak bertemu; 2. Mn harta milik (pencarian); ~ bagi harta pencarian yg dibahagi dua antara suami isteri (sewaktu bercerai); bercari Mn dicari (bkn persetujuan); kata dahulu bertepati, kata kemudian kata ~ prb janji mesti ditepati, hanya boleh diubah apabila sudah dirundingkan; bercari-cari dicari-cari, diada-adakan, di­buat-buat: perkara yg ~; bercari-carian saling berusaha mencari; mencari 1. berusaha utk mendapat (mem­peroleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh­-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikir­kan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk menimbulkan pergaduhan (permusuhan, per­tengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (san­jungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (ke­jadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; mencari-cari 1. mencari dgn bersungguh­sungguh, terus mencari: dia pergi ke mejanya, ~ sesuatu; 2. sengaja mengadakan (helah, sebab, dll), mengada-adakan (hal, alasan, dll); mencarikan mencari sesuatu utk: Batin Itamitulah yg amat mengambil berat ~ emak ubat kelat, serta mengubatinya; tercari-cari (sedang) mencari dgn sungguh­-sungguh, (sedang) giat mencari; carian sesuatu yg dicari; ~ bujang harta yg diperoleh sebelum berkahwin; pencarian 1. perihal mencari: tahun 1950 hingga kini adalah sejarah ~ penyesuaian; 2. = mata ~ pekerjaan yg dibuat sehari-hari utk penghidupan: ~ orang di sana menoreh getah; 3. pendapatan, hasil pekerjaan: ~nya yg sedikit menghalang ia menghantar anaknya ke universiti; pencari 1. orang yg mencari sesuatu yg abstrak (kebenaran, haluan, dll): ~ kebenaran ini diumpamakan spt orang buta; 2. orang yg mendapatkan nafkah (rezeki dll) utk menyara keluarga: lelaki dikatakan bekerja sbg ~ nafkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.ri] | چاري

Definisi : ; mencari berusaha supaya mendapat atau menjumpai sesuatu: Dia sedang ~ cincinnya yg hilang. ~ akal (fikiran) berusaha mendapatkan sesuatu cara utk mencapai sesuatu; berfikir. ~ bala (susah) sengaja mencari kesusahan. ~ fasal (sebab) sengaja berbuat se­suatu utk me­nimbulkan kekacauan. ~ helah mengada-adakan sesuatu sbg alasan atau helah. ~ kesalahan (salah) sengaja berusaha utk mengetahui ke­salahan orang lain. ~ laba (untung) ber­usaha utk mendapat laba. ~ makan (nafkah, rezeki) bekerja utk menyara hidup. ~ muka melakukan sesuatu utk mendapat pujian. ~ nama melakukan se­suatu utk mendapat nama (sanjung­an, kemasyhur­an dll) drpd pihak-pihak tertentu. men­cari-cari 1 mencari dgn sungguh-sungguh: Dia merayau ke sana ke mari ~ duitnya yg hilang. 2 sengaja meng­ada-adakan sesuatu sbg sebab (alasan dll): Tak usahlah kita ~ kesalahan orang. mencarikan mencari sesuatu utk: Beliau ~ isterinya yg mengidam itu buah mempelam. tercari-cari memandang ke sana ke mari supaya menjumpai sesuatu: Janganlah dayang ~, hamba di sini tidakkah disedari? penca­rian 1 = mata ~ pekerjaan yg dibuat utk mencari nafkah: ~ hidup mereka ialah bertani. 2 hasil drpd sesuatu kerja; pendapatan: Kerana ~ orang tuanya sangat sedikit, maka ia terpaksa berhenti belajar. 3 perbuatan atau hal mencari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cari

Puisi
 

Cari rebung tanah seberang,
     Letak mari di atas tikar;
Kalau menyambung hendaklah panjang,
     Kalau menebar hendaklah lebar.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Mencari-cari beban.

Bermaksud :

Suka mencampuri urusan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
selinap[s«.li.nAp]kata kerjamencari.Ayoh selinap rate cari kunci kerete die[A.jh s«.li.nAp ÄA.t« tSA.Äi kun.tSi k«.ÄE.t« di.j«]Ayah mencari merata tempat kunci keretanya.
lembang I[lEm.bAN]kata kerjamenyelerakkan barang.Mok lembang baju cari duet ilang.[m/ lEm.bAN bA.dZu tSA.Äi du.wet i.lAN]Emak menyelerakkan baju kerana mencari wang yang hilang.
ngelinto[N«.lin.t]kata adjektifberkenaan keadaan yang kelam kabut.Ngelinto koi cari anok ilang.[N«.lin.t koj tSA.Äi A.no/ i.lAN]Kelam kabut saya mencari anak hilang.
langgah[lAN.gAh]kata adjektifberkenaan kawasan atau ruang yang menjadi lapang.Pemburu cari jalan keluar utan ikot langgah.[p«m.bu.Äu tSA.Äi dZA.lAn k«.lu.wA u.tAn ikot lAN.gAh]Pemburu mencari jalan keluar dari hutan melalui langgah.
cucuk rabong[tSu.tSu/ ÄA.boN] kayu penahan rabung.Nok buat cucuk rabong keno cari kayu keraih.[n/ bu.wAt tSu.tSu/ ÄA.boN k«.n tSA.Äi kA.ju k«.ÄAC]Hendak membuat kayu penahan rabung mesti menggunakan kayu yang keras.
merunet[m«.Äu.nEt]kata kerjamerayau untuk mendapatkan sesuatu.Mat kalo tok keje, merunet ke utan cari kayu.[mAt kA.lo to/ k«.dZ« m«.Äu.nEt k« u.tAn tSA.Äi kA.ju]Mat kalau tidak bekerja, merayau di hutan mencari kayu.
kekau[k«.kAw]kata kerjaberusaha mendapatkan sesuatu dalam keadaan susah (seperti duit, makanan).Mane ayoh nok kekau cari duet beli moto.[mA.n« A.jh n/ k«.kAw tSA.Äi du.wet b«.li mo.to]Mana ayah hendak mendapatkan wang untuk beli motorsikal.
nyelonok[N«.l.n/]kata kerjamelakukan sesuatu di dalam lumpur (seperti lari, jalan, mengagau).Pak Mat nyelonok dalam lumpo cari ikan keli.[pAk mAt N«.l.n/ dA.lAm lum.po tSA.Äi i.kAn k«.li]Pak Mat mengagau dalam lumpur kerana mencari ikan keli.
serong I[s«.ÄoN]kata namamandian menggunakan air daun-daun kayu dengan tujuan mengubat (biasanya dilakukan oleh wanita selepas bersalin).Ayoh gi utan cari daun-daun kayu nok buat serong.[A.jh gi u.tAn tSA.Äi dA.on.dA.on kA.ju n bu.wAt s«.ÄoN]Ayah pergi ke hutan mencari daun-daun kayu untuk membuat serong.

Kembali ke atas