Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kegiatan atau usaha mencari bahan galian (minyak, gas, emas dsb) dgn menggerudi jauh ke dlm tanah atau dasar laut: katanya, nisbah penemuan dlm satu-satu usaha ~ di Malaysia adalah satu penemuan dlm enam usaha ~; borang ini mengandungi butir-butir keluaran dan ~ yg lalu; mencari gali berusaha mencari bahan galian (minyak, gas, emas dsb) dgn menggerudi tempat tertentu di daratan atau di dasar laut: bagi Malaysia, kepentingan strategi ketenteraan dititikberatkan lebih drpd kepentingan ~ minyak; pencari gali orang yg kerjanya mencari gali (minyak, emas dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : usaha mencari tempat-tempat yg ada bahan galian dan menggalinya dgn cara melombong dsb: ~ minyak; ~ gas. mencari gali menyelidik (mencari) tempat-tempat yg ada bahan galiannya dan menjalankan usaha-usaha melombong. pencari gali orang (syarikat dll) yg menjalankan usaha-usaha mencari gali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cari gali


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GELANG TANGAN

GELANG TANGAN, perhiasan wanita yang dipakai di pergelangan tangan. Gelang tangan dipakai semenjak zaman Neolitik. Beberapa gelang tangan batu telah dijumpai di beberapa tapak cari gali di Semenanjung Malaysia. Gelang tangan zaman Neolitik dibuat daripada jenis batu padu dan sebuah lubang ditebuk di tengah-tengahnya. Gelang tangan yang dipakai oleh Orang Asli  Semenanjung diperbuat daripada akar kayu, rotan, buluh betung, kayu keras dan kayu nyirih batu.

BUDAYAAlat/Alatan
PEKANBARU

PEKANBARU, kotamadya dan ibu kota Propinsi Riau, Sumatera, Indonesia.  Luas wilayahnya ialah 446, 50 km persegi yang terdiri daripada lapan kecamatan dan 45 desa.  Pekanbaru adalah kota pelabuhan yang berperanan cukup besar dalam mengeksport hasil hutan dan minyak dari Propinsi Riau.  Kota ini berkembang pesat dengan pembukaan kawasan cari gali minyak di Duri, Minas, Dumai, Pedada dan Lirik.  Kota ini juga merupakan pusat pemasaran hasil bumi, antara lain getah dan kayu rimba, dari daerah sekitarnya. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas