Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
gingau[gi.NAw]kata kerjamenengok atau mencari benda-benda yang tersorok.Cube kau gingau bawah dapo tu, ade ke parang tu?[tSu.b« kAw gi.NAw bA.wAh dA.po tu A.d« k« pA.ÄAN tu]Cuba engkau cari di bawah dapur, ada tak parang itu?
bekanjau[b«.kAn.dZAw]kata kerjapenat atau jemu.Mane kau letak, bekanjau aku carik tak jumpe.[mA.n« kAw l«.tA/ b«.kAn.dZAw A.ku tSA.Äi/ tA/ dZum.p«]Di mana engkau letak, puas aku cari tidak jumpa.
menimbus[m«.nim.bus]kata tugasada (bahasa kasar).Kau tak carik betol-betol, menimbus dalam bilek tu baju kau.[kAw tA/ tSA.Äi/ b«.tol.b«.tol m«.nim.bus dA.lAm bi.le/ tu bA.dZu kAw]Engkau tak cari betul-betul, ada baju kau di dalam bilik itu.
lopak-lopak[lo.pA/.lo.pA/]kata namasejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan bahagian belakang pelepah pisang berukuran kira-kira dua kaki panjang. Pelepah ini dipotong beberapa bilah tanpa putus padanya dan dikopakkan menegak menyerupai lidah. Bunyi letupan terhasil apabila lidah-lidah pelepah pisang yang ditegakkan itu ditolak dengan kuat menggunakan tangan.Nak maen lopak-lopak, kene le carik pelepah pisang mude.[nA/ mAen lo.pA/.lo.pA/ k«.n« l« tSA.Äi/ p«.l«.pAh pi.sAN mu.d«]Hendak main lopak-lopak, kenalah cari pelepah pisang muda.
tekayau-kayau[t«.kA.jAw.kA.jAw]kata kerjamencari-cari sesuatu benda secara bersendirian dalam waktu yang lama.Puas aku tekayau-kayau, takde sape nolong.[pu.wAs A.ku t«.kA.jAw.kA.jAw tA/.d« sA.p« no.loN]Puas aku mencari sesuatu benda, tiada sesiapa menolong.
wayat[wA.jAt]kata namakelibat (bagi manusia atau haiwan), bayang (bagi barang-barang).Tok sah kau carik lagi barang tu, wayat die pon aku dah lame tak nampak[to/ sAh kAw tSA.Äi/ lA.gi bA.ÄAN tu wA.jAt di.j« pon A.ku dAh lA.m« tA/ nAm.pA/]Tidak usah engkau cari lagi barang itu, bayangnya pun aku sudah lama tidak nampak.

Kembali ke atas